Anak adalah permata hati. Menurut kata guruku anak juga disebut sebagai cahaya mata. Dimanakah cahaya itu ? Puas aku mencari cahaya dalam cahaya dan di dalam sebutan jampi serapah lama juga disebut perkataan cahaya Allah cahaya Muhammad, Cahaya Baginda Rasullulah.................... pendik kata itulah sinar dan dalam sinar itu kenalah ada pandangan. Katanya lagi kalau mahu melihat pintu syurga pandanglah wajah orang yang kau kasihi.
Hari ini aku bukan ingin menulis tentang cahaya ataupun zaman cahaya tetapi tentang cahaya mata permata hati. Kepada semua ibubapa yang mempunyai anak tentu pernah merasa gembira menerima kelahiran cahaya mata. Itulah saat manis menerima anak baru samaada anak pertama atau seterusnya. Anak yang dikandungkan 9 bulan 10 hari dengan penuh kesabaran dan persiapan. Si Ayah tentu sekali akan ke hospital yang mungkin tak pernah dijejaknya seumur hidup membawa bakul, kain batik, pelas air," pampers", botol susu dan baju tukar ganti isterinya.
Kemudian datanglah berita gembira isterinya selamat melahirkan anak, lalu berkumpul sanak saudara adik beradik datang melawat dan sibuk sibuk memberi nama. Ada nama yang cantik dan ada nama yang huduh.Kali pertama melihat anak yang baru lahir sudah tentu kelihatan cahaya diwajahnya, lalu dipeluk, diQamat atau di Azankan. Ada yang memberi komen anak ini serupa ibu serupa bapa atau datuk neneknya. Berbagai macam hadiah diterima berupa wang ringgit juga yang mana emakbapak dapatlah sedikit menumpang senang, sekurang-kurangnya dapatlah" top-up" handphone atau membayar bil hospital. Anak itu kemudianya dapatlah dibawa balik kerumah untuk dipertonton juga kepada jiran tetangga. Bagi mereka yang mampu tentu sekali akan membuat kenduri doa selamat, kenduri naik buaian, kenduri cukur rambut dengan adatnya berzanji bersalawat...........Menurut kata arwah guruku bahawa selama 44 hari itu hati yang keras akan menjadi lembut dan perbuatan sihir tidak dapat masuk ke rumah. Hanya Allah sahaja yang tahu......................
Hari ini zaman ini keadaan sudah pasti jauh berbeza. Anak yang baru lahir kelihatan terbuang di tong sampah dan ditinggalkan dikaki masjid. Ada yang meninggalkan anak itu dengan pampers dan botol susu serta tin susu dengan harapan semuga anak itu dapat bangun membancuh susu dan memakai pampers sendiri. Ada juga yang ditinggalkan "di bus stand" tempat dimana emak dan bapanya "berdating" waktu dulu. Kenapa jadi begitu ? Kerana mereka malu dengan kemaluan yang tidak dapat ditutup dengan daun niru. Malu dengan perbuatan jahat yang menonjol dimata manusia. Lalu hebohlah sana sini orang orang besar nak mengatasi masalah itu. Masalah kebanjiran bayi tanpa ibubapa disana sini, dinegeri orang tak baik dan juga dinegeri orang baik baik. Padahal sebenarnya kejahatan ini telah lama ujud dizaman tok nenek dulu. Waktu itu mak bidan bersubahat membunuhnya dan ditanamnya merata rata. Waktu itu ada ibu yang mengandung lari dari rumah ke tempat lain dan pulang semula ke kampung dengan senyuman "anak angkat katanya"
Sesungguhnya kejahatan ini telah lama wujud tanpa hebahan surat kabar dan TV. Kejahatan Sang lelaki memanjat bilik anak dara dan kejahatan anak dara menyimpan "jantan" di dalam kamarnya.
Soal kemasyarakatan yang kian punah ditengah gejala politik yang mencabar dan ini adalah penyakit besar yang kian melarat tanpa penghujung. Dengan cahaya ini, dengan mata kita ini kita akan melihat sandiwara semasa , kehidupan yang penuh realiti dan kesesatan ini hanya ada dua ubat iaitu Alquran dan Hadis..................
No comments:
Post a Comment