Saturday, August 21, 2010

Sayang Ku

Sayang,
kerinduan ini mendatang lagi
mendambakan cinta nan tulus
dari sekeping hati....

Hari hari yang berlalu
memimpikanmu dirembang senja
mencuit kalbu memendam rasa
sambutlah kerinduanku
untuk sekian kalinya

Sayang,
sore ini aku akan kembali
mencarimu didada langit
meredah hujan dan panas
dengan kepayahan nafas ini
satu persatu.....

Aku akan kembali sayang
menjemputmu untuk bersama
buat selama lamanya

2 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
:) Katanya tidak mahu diganggu.
Tapi follow Kak G tu ... hmm Kak G terkeliru!

perjalanan pulang said...

Salam... di opis saya huru hara dengan bunyi... nak tulis apa pun boleh lari tajuk..

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...