Wednesday, May 7, 2014

Mendung di Rembang Petang

Salam,

Semalam pm singgah makan di sebuah kedai yang biasa pm makan tengahari di sana. Masakannnya adalah masakan kampung, manakala harga makana jauh lebih murah dari tempat tempat lain. Hanyalah kedai biasa sebagai warung kecil dipinggir kota.



Kedai tersebut adalah kedai milik keluarga di mana ada ahli keluarga yang menjaga makanan ada yang bekerja sebagai tukang bancuh air, manakala masak memasak pula diserah kepada pekerja indonesia melakukannnnya . Seperti biasa di dalam kedai juga terdapat anak anak kecil mereka. Keadaan beginilah kekadang membuat pelanggan berasa kurang selesa.



Tengahari semalam seorang dari anak kecil mereka berusia dalam lingkungan 5 tahun mengamuk ngamuk di dalam kedai. Badannya kecil tetapi mampu mengamuk, menumbangkan kerusi kerusi di warung itu dalam keadaan membantah justeru kerana ibunya enggan membeli barang mainan yang diingininya. Semakin ditegur ibunya semakin itu juga kuat raungnya sehingga pelanggan yang sedang makan berasa tidak selesa. Si ibu tersangat sabar melayan karenah anaknya. Anaknya pula tidak menunjukkan keadaan reda selagi ibunya tidak keluar dari kedai membeli mainan itu



Pm tahu bukan senang untuk menjaga anak kecil dan tidak ada anak kecil yang boleh duduk diam. Ada orang berkata bahawa kita jangan jangan memukul anak kita kerana takut terbantut perkembangannya. Bila manusia sudah terlampau sangat cerdik, sampai anak tidak boleh dijentik bermakna mereka menempah maut.

Orang orang tua dahulu mengajar anak anak dengan rotan. Rotan bukan untuk membunuh tetapi untuk diberi pendidikan serta peringatan. Anak anak yang mengamuk menunjukkan kehebatan dirinya, anak anak yang degil harus dihukum. Bukan sahaja rotan malahan cubitan mesra juga berfungsi mendidik mereka.



Namun dihari ini ibubapa terlalu moden dan penuh sakailoji......mereka mendidik anak anak penuh kemanjaaan, mengikut sahaja apa sahaja kehendak anak, takut anak anak jadi seorang penakut pendiam dan sebagainya......... Belajarlah dari sejarah, belajarlah dari apa yang berlaku kepada kita semasa budak budak dahulu.... Anak anak yang puas kena rotan itulah yang menjadi ORANG pada masa ini walaupun waktu itu kita semua hidup dalam kemiskinan. Malam bercahayakan pelita, siang berlenggeng di matahari, kulit hitam berkudis, telinga berbau tapi hari ini dah jadi cikgu yang baik, jadi ustaz yang baik, jadi pegawai atasan yang baik , bahkan jadi dokter dan lowyer............................Dah jadi Dato' punnnnnn



3 comments:

chengmai said...

Saya setuju sangat dengan pak din.saya anak perempuan tunggal dalam empat beradik memang kesayangan emak bapak tapi saya pun di marah malah di rotan.kalau basuh baju tak bersih,siang ikan atau sayur tak betul memang kena bebel tapi atas sebab didikan itu lah saya menjadi insan yg berguna.begitu la jugak cara saya mendidik anak dara saya walau pun tak mengunakan rotan.renung2kan lah.

Anonymous said...

salam Tuan,

entri yg menarik.
apapun saya tidak begitu bersetuju bila tuan tulis bahawa mereka yg berjawatan baik adalah secara tidak langsung kesan dari dididik dgn rotan pada zaman kecilnya maka mereka menjadi orang pada hari ini. siapa pun kita pada hari ini adalah sudah tertulis di loh mahfuz. Ada juga mereka yg dirotan sejak kecil hinggalah kedalam penjara.

bagi saya mereka yg "dibentuk" dgn rotan mungkiin berjaya menjadi org tp belum tentu menjadi hamba Allah yg sebenar2nya Allah kehendaki. Ada juga para tahfidz yg mampu menghafal Quran "kenyang" dgn rotan oleh ustaz yg diamanahkan utk mengajarnya tapi ramai juga para tahfiz, ustaz dan ahli ugama yg menjalani kehidupan yg songsang dan lari dari landasan yg sepatutnya, hanya terselindung disebalik kopiah, jubah dan serban yg bersih warnanya. Cthnya dinegara kita sendiri, kalau mereka benar2 menjalani perintah dlm menjalankan tugasan yg diamanahkan sptmana yg Allah perintahkan, maka tentu tidak sukar utk kita mnedptkan bekalan makanan yg benar2 halalan toyyiban dan byk lg hal2 yg menghampakan kita sebagai umat Islam dinegara yg dikatakan berpayungkan Islam ini. Mereka juga tidak berani menegur pembesar2 negara yg jelas2 berkelakuan mungkar dan keji demi pangkat, status dan periuk nasi mereka sendiri. Tuan mungkin boleh melihat sendiri.

pendakwah2 komersial pun merecup bagai cendawan selepas hujan, majlis ilmu ceria dgn gelak tawa dan tidak membosankan tp belum tentu ilmu itu sampai pada pendengarnya dan dipraktikkan dlm hidup apabila majlis ilmu selesai, baik pada yg mendengar maupun pada yg menyampai - saya menulis dgn kesedaran dan pengalaman selama bergaul dgn mereka ini.

Pengalaman saya, rotan mungkin boleh membentuk org tp tak mungkin dpt membentuk peribadi yg benar2 mulia dan hasanah. Merotan tidak perlu sampai anak tejerit2 kesakitan dan meninggalkan parut ditubuh anak tp haruslah dilakukan dgn kewarasan dan pengisian agar anak2 faham mengapa mereka dirotan. jgn sampai anak2 bersolat sbb takut dirotan dari takut /taqwa akan perintah Allah. Takut rotan dan taqwa pada Allah adalah dua perkara berbeza.

Saya mengambil pendekatan bercerita dgn teladan kpd anak2 seawal usia mereka dua tahun, sebaik saja mereka mulai pandai bertanya itu ini, justeru saya hanya perlu merotan mereka dgn lidah/kata2 dan pandangan mata saja dlm mendisiplinkan mereka, lidah dan mata mampu mencairkan jiwa yg keras selagi ianya tidak sebisa sembilu dan tidak memandang dgn mata yg memancarkan petir. Kasih syg wajib ada dlm penyampaian melalui keduanya. Saya percaya anak2 akan ingat kisah dan teladan yg telah saya sampaikan sebaik saja saya "membuka mulut dan memandang mereka secara khusus" sekiranya mereka melakukan kerenah. Seingat saya urusan mendidik dgn cara ini sgt memudahkan dan anak2 pun insyaAllah setakat ini belum pernah buat hal yg memeningkan kepala baik dirumah, maupun disekolah, begitu juga dgn jiran tetangga.

tapi saya setuju dgn pendapat tuan bahwa sikap berlembut dan memanjakan anak2 tanpa pengisian ilmu/didikan adalah mengundang padah pada kedua pihak.

terimakaksih tuan atas perkongsian ini. Teruskan menulis, moga tuan diberi kesihatan yg sebaiknya oleh Allah swt.

-mawar berduri-

perjalanan pulang said...

Salam, apa sahaja komen tuan tuan dan puan puan saya terima. Bagi saya merotan adalah secara tak lansung dalam kehidupan. Namun untuk pembetukan peribadi tentunya harus kembali kepada diri sendiri. Perangai ibubapa memang ditauladani oleh anak anak. Apa yang dimakan dan dilakukan oleh ibu bapa akan mengalair darahnya juga kepada anak anak. Takwa dan keimanan pula bukan boleh disalurkan sepertinya ubat. Alhamdulillah bagi yang berjaya mendidik anak anak secara keislaman itu.Namun begitu di luar sana masih banyak insan yang terkapai kapai memperbetulkan akidah...Terkadang kadang kita memerlukan ketegasan...

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...