Saturday, May 10, 2014

Detik Detik Kerinduan

Salam,

Masa itu terlalu pendik rupanya. Semakin dikira semakin cepat pula berlalu. Hanyalah hati dan jiwa bagaikan tidak sedar........

Sebagaimana tersebut, diambang subuh itu beduk ditalu talu, berlainan benar bunyinya. Lalu dari mulut ke mulut tersebarlah berita bahawa saudara sekampung kita telahpun meninggal dunia. Hembusan nafas terakhir itu diiringi dengan tangisan anak cucu yang berdekatan, ada yang meratap ratap ada yang menceritakan segala kebaikan arwah sewaktu kehidupannya, ada yang terkejut dan ada yang bermuram sahaja. Ada yang membaca surah yassin  dan paling paling tidak memasang radio keset atau dalam bentuk digital alunan bacaan quran kerana pada hari ini manusia sudah semakin tidak mampu membaca quran sehinggakan mengupah orang.....

gambar hiasan

Lalu talipon berdering bersahut sahutan, sms, fb, wechat, what' sup dan segala bentuk pesanan rengkas saling berbalas menceritakan berita kematian itu. Pak imam di surau terus dimaklumkan, budak budak penggali kubur dikerah menggali tanah setelah selesai solat subuh itu. Ahli ahli masjid khairat kematian kemudiannya  bersiap sedia menyediakan peralatan mandi dan kafan...........

Jam 8.00 pagi setelah minum pagi orang ramai mula berkumpul. Bau kemenyan, bau kapur barus bau daun pandan kian bercampur. Jam 9.00, anak anak cucu mula mengangkat jenazah untuk dimandikan........tabir mula dipasang, mayatpun dimandikan....Ada anak anak turut serta, ada yang menghilang entah kemana......


gambar hiasan

Lalu selepas itu mayat dibawa semula ke tempat pembaringan di tengah rumah. Kain putih yang sudah ditabur barang barang keperluan dibalutkan kepada mayat satu persatu. Sesudah selelesai itu hanya ditinggalkan pada bahagian muka sahaja bagi anak cucu melihat untuk kali terakhir.......Ada yang datang mencium dahi, ada yang sebak menahan air mata....ada yang menjerit bagaikan orang tak ada agama....

gambar hiasan

Jam 10.30, selesai dikafankan, ada pak imam mengajak solat jenazah di rumah, ada pula menolak menyuruh ke masjid sahaja. Maka mayat itu di solatkan oleh tetamu yang hadir, tidak termasuk mereka yang suka duduk di bawah pokok .



Jam 11.00 jenazah diusung ke tanah kubur, ada yang dibawa dengan van dengan diikuti keluarga serta saudara mara yang ada. Setelah tiba ke kuburan, mayat dimasukkan ke lahat, kain penutup muka dibuka, tanah dikepal diciumkan kehidungnya...ikatan dilonggarkan......Anak cucu dapat melihat wajah untuk kali terakhir.......Papan penutup mula diletakkan, tanah diturunkan sedikit demi sedikit, dicangkul cangkul sehingga rata dan dipijak pijak..........

gambar haisan

Imam mula membaca talkin berakhir dengan doa, anak cucu kemudiannya mencurahkan air wangi ke tanah kuburan bernisan kayu.........

Semua saudara mara beransur pergi dan kemudiannya anak anak pula berangkat balik. Ada yang menunggu sehingga 3 hari di rumah arwah, ada yang cabut pada hari itu juga kerana tersangat sebuk........

Begitulah pendeknya waktu perjalanan tidak sampai sehari.......Hanya setengahari itulah orang telah lupa pada kita kerana sejarah kita telah berakhir. Anak anak dan kawan kawan kembali ketawa...semakin hari semakin lupa dan kalau kalau teringat cumalah harta, atau mungkin selepas 100 hari atau mungkin menjelangnya hari raya....Mereka melawat kubur kita membawa tunang atau girlfriendnya atau isteri mudanya................

3 comments:

Anonymous said...

salam,

kebetulan hari ini, pada tarih ini adalah tahun ke 15 ayah saya tinggalkan saya utk selamanya, pergi yg takkan kembali lagi dlm bentuk nyata. Namun sgt sukar utk saya melupakannya.
alfatihah kpd mereka yg telah pergi terlebih dulu dari kita.

perjalanan pulang said...

alfatihah kepada semua angggota keluarga pembaca. Cerita yang pendik dan ringkas ini terlalu terburu buru untuk mengakhirinya. Semua orang ada sejarahnya. Datuk saya adalah bilal pengurusan mayat, adik saya adalah salah seorang penggali kubur. Cerita yang saya tulis adalah cerita keluarga saya. Sebenarnya ada banyak lagi kisah yang mereka lebih tahu dari saya....Tidak ada kisah misteri disini, semuanya adalah nyata....Semoga Allah mengampuni dosa dosa kita dan orang orang yang terdahulu dari kita.. Amin

chengmai said...

Salepas 45 tahun bapak sya,14 tahun mak mertua saya,2tahun 22 hari mak saya meninggal kan saya sampai hari dan saat ini saya tak pernah melupakan mereka.malah bapak mertua saya yg meninggal lebih kurang dgn bapak saya.hanya amal jariah dan sedekah alfatihah saja yg mampu kita buat.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...