Saturday, March 30, 2013

Suka Membawa Duka

Salam.................

Bila tenguk gambar lama, rasa nak gelak je....Tiap tiap tahun tempat kerja lam pm tu ada buat annual dinner. Tiap tiap department akan mengadakan persembahan dan sudah tentu ada hadiah. Pm suka benda yang berbayar dan berbaloi dengan jumlah perserta dalamkumpulan. Kalau setakat hanyan hamper...tak payahlah.  Bila berbagi bagi biskut alamat dekat situ juga habisnya.....

Kawan pm ni seorang lelaki india sangat suka nyanyi lagu P. Ramli


Manakala pm pulak cari duit dengan budak budak muda cam ni


Sekarang ni budak budak ni dah tua dan dah jadi emak orang gamaknya. Manakala pm pulak besara dari buat kerja ni....kalau nak pun, suruh ajalah anak anak....

Di tempat baru pm ada juga jamuan tahunan tapi di bulan puasalah......mana ada nyanyi nyanyian......bengong gamaknya....



Menyebut pasal jamuan tahunan, baru baru ini di tempat kerja lama pm telah mengadakan jamuan tersebut. Dengar khabarnya ada juga mangadakan pertandingan nyaian dan tarian. Salah seorang kenalan pm dengan tiba tiba dengan pengsan di atas pentas semasa menari ago go ....Ambulan telah dipanggil di mana beliau telah disahkan meninggal dunia di dalam perjalan ke hospital... Jadi pengajaranya.... bila usia kita sudah meningkat tua, eloklah buat benda elok elok........dah dah lah tu....................

Thursday, March 28, 2013

Jangan Pisahkan Aku dan Dia

Salam..................


Jam  8.20 pagi tadi bertarikh 28 March , talipon berdering ........katanya adik iparnya pengsan dan muka sudah menjadi biru, sudah talipon ambulan tapi dah satu jam tak sampai jugak.......Pm kata taliponlah lagi...Ya lah rumah orang sakit cuma kat kepong manakala hospital terdekat ada dua iaitu Hospital Sg Buloh dan Hospital Selayang. Mereka kemudiannya ambil langkah lain, iaitu pikul orang sakit gunakan lift dari tingkat 11 ke bawah....

8.30 pagi talipon berdering lagi.....katanya " sudah meninggal dunia" Innalililah hiwainna ilaihi roojiun...... Arwahyarham ini bernama " manja". Baru sabtu lalu pm dengar suaranya menyanyikan lagi " Jangan Pisahkan" di majlis perkahwinan adik iparnya di Changkat Lada. Lagu itu adalah lagu terakhir yang tidak di sangka sangka sama sekali......Apa salahnya kita renungkan sedikit lirik lagu ini..

Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu

Biar jurang
Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada diri

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

( korus )
Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka




Inilah gambar arwahyarham bersama suaminya pm ambil pada tahun 2011 di Changkat Lada. Kehendak Allah yang maha kaya mengambilnya kembali. Kini tinggallah suami dan seorang anak yang masih kecil di muka bumi ini.....alfatihah......





Tuesday, March 26, 2013

Lautan Bergelora

Salam........

Masih teringat pm pada arwah paklong pm yang tinggal di Batang Kali. Gelaran pak long atau disebut juga poklong diberi kepadanya walaupun dia hanya bapak saudara jauh. Rumahnya berdekatan dengan sekolah menyebabkan pm sering kali singgah makan bahkan juga bermalam di sana. Pak long pm ini waktu itu telah pencen dari Jabatan Perhutanan. Tidak ada misteri apa pun pada beliau kecuali pm dapat melihat tongkat yang mempunyai besi tajam di bahagian dalam dan juga pedang samurai. Kalau setakat keris itu biasalah... kalau tak ada keris bukanlah melayu namanya walaupun tidak pernah digunakan untuk bertikam.


Dari kecil berulang alik ke rumah pak long dimana pm telah dilayan dengan baiknya. Kehidupan dengan pak long lebih kepada belajar metamatik ..... Dalam guraunya beliau menyukai membuat teka teki. Masih teringat kata katanya " kalau seekor kerbau ada 4 kali, 5 ekor kerbau ada berapa kaki" Inilah kerjanya melayan kami iaitu anak anak saudaranya. Cuma ada satu penyakitnya kedengaran, beliau susah tidur malam. Waktu malam beliau berjalan kaki dari rumah ke pekan Batang Kali.............Menurut kata orang dia ada menyimpan tulang dahi duyung.........Wallahhualam

Pm tidak pernahpun melihat ikan duyung. Menurut kata arwah guru mengaji pm bahawa di zamannya beliau pernah melihat duyung. Rambutnya panjang dan mempunyai susu seperti manusia. Duyung ini dibawa dalam kolam bagi tujuan untuk pertujukan sarkis. Duyung ini menangiss sahaja. Tentang apakah kelebihan memiliki tulang duyung ini tidaklah pm ketahui. Mungkin orang hendak ilmu dengan cepat kut ? Ya lah kalau belajar agama , belajar usuludin, belajar kitab kitab ma'rifat dan takrikat memang orang tak mahu....

gambar ikhsan

Waktu sekarang ini juga kalau mendengar ustaz ustaz terkenal buat lawak di masjid tentu masjid penuh sepertinya menonton maharaja lawak, tapi kalau kelas kelas tauhid sudah tentu hanya ada 5 orang...Orang tidak berminat.........Manusia memang tidak berminat untuk mengetahui tentang tuhannya inikan pula untuk mencari Allah dan Muhammad...........................Kita lebih gemar mencari benda yang suka suka dan mengasyikkan................................

Monday, March 25, 2013

Sri Manjong

Salam.........rasa mengantuk masih lagi ada. Pagi tadi  jam 3.00 baru menjejakkan kaki kerumah...Pm bertolah dari Sri Manjong melalui Teluk Intan melilau lilau dengan papago mencari highway di tengah gelap gelita. Seluruh isi kereta " TIDUR"...............


Seperti biasa pm ke Cangkat Lada menghadir diri ke majlis perkahwinan. Misti kena pergi , kalau tak pergi rasa tak sedap hati...


Untuk pergi tempat ini, kita akan melalui jalan biasa, seperti biasanya gelap di waktu malam dan kereta juga boleh melompat lompat. Nama sahaja felcra tapi di sana banyak rumah besar  yang kita sendiri mungkin tak mampu miliki....


Pengantin perempuan ini pm kenal dan kini bekerja di AEON Kepong. Pm hanya berada di sana pada hari Sabtu.... pada malamnya pm bermalam di Sri Manjong.


Tempat ini dah maju dan macam macam ada. Tak lama lagi jadi bandar besarlah....Rumah pasti naik harga walaupun dahulu hanyalah tempat hutan kelaa sawit.......

Pm rasa mengantuk sangat ni.... nak tidur kejap........

Sunday, March 17, 2013

Wasiat Pertama

Asalammualaikum .....Semuga Allah memberi rahmat kepada kita..........


Sebenarnya kali pertama pm sakit teruk ialah sekitar tahun 1980an....tak ingat dan agak agaknya tahun 1981.  Selama 3 bulan badan kurus melidi dan cerita itu telah pm tuliskan pada mula mula blog ini dimulakan. Pada waktu itu pm rasa macam nyawa di hujung tanduk dan tunggu masa nak pergi sahaja. Alhamdulillah , Allah memanjangkan umur sehinggalah ke hari ini. Rupanya tiap tiap kesakitan itu mempunyai kelebihan tersendiri bak kata orang sakit sebelum pandai. Sepertinya juga kita belajar naik basikal waktu budak budak dahulu, jika tidak jatuh sememengnya tidak pandai. Waktu itu pm dan kawan sekolah pm bernama Abu naik basikal dari atas bukit turun dengan laju tanpa berkayuh. Apalagi, masuk longkanglah kami berdua. Longkang besar pulak tu.


Tahun ini pm terkenalah lagi.....kali ini waktu dah tua bangka. Jatuh sakit selama dua minggu.... Seperti itu juga sakit sementara nak pandai. Alhamdulillah sudahpun pulih dengan tanpa pergi ke hospital. Tapi sangat mengingatkan pm untuk belajar solat duduk dan baring serta tayamum. Sakit yang kadang kadang memalaskan kita untuk solat padahal solat itu berterusan kepada Allah Taala. Kita insan kerdil ini sangatlah lemah dan hidup dengan penuh alasan. Semuga kalian bersama pm membuka kembali buku buku lama, bertanya tanya kepada orang yang bijak pandai. Pelajaran yang nampak rendah itu sebenarnya ilmu yang paling tinggi dan kita terus mencari mutiara yang hilang.................


Ya Allah, dengan ilmu Engkau akan alam ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, Hidupkanlah aku ini selama kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku bila kematian itu lebih baik bagiku.
Aku memohon kepada Engkau akan perasaan takut kepadaMU dalam perkara ghaib dan kesaksian.   Aku memohon kepadaMu, tetap ada kebaikan didalam kefakiran maupun kekayaan.
Aku memohon kepadaMu, kenikmatan yang berpanjangan.  Aku memohon kepadaMu, kebahagiaan hati yang tidak akan terputus.  Aku memohon kepadaMu redha setelah adanya takdir.
Aku memohon kepadaMu keselesaaan hidup setelah kematian.  Aku mohon kepadaMu kenikmatan dalam melihat kehadiranMu dan rindu akan pertemuan denganMu tanpa kesulitan yang menyulitkan, dan tidak ada halangan yang menyesatkan.
Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman, dan jadikanlah kami pemberi pentunjuk yang menunjukkan kebenaran.
Aamin, ya Rabbal aalamin…

Monday, March 11, 2013

Mati Hidup Semula

Salam..................

Anak anak lelaki pm berikthtiar untuk terus mengubati pm. Beliau berusaha mencari pokok duit duit di kawasan berdekatan rumah


Setelah dikumpulkan , daun ini dihancurkan dengan blender dicampur pula dengan air kelapa. Rasanya lebih sedap dari kita minum air lobak putih yang hancing.....Akhirnya jam 3.00 pagi pm bergegas ke bilik air....

Ada juga anak anak bertanya tentang hendak pergi berurut atau tidak. Pm kata nantilah, kita buat satu persatu.....

Begitulah keadaan pm sehari hari...alhamdulillah semakin pulih dan boleh berblog kembali

Saturday, March 9, 2013

Meniti Pelangi Petang

Salam....

Pm kembali ke pejabat hari ini setelah berhari hari menempuh keadaan tidak menentu. Hari Isnin lalu pm mc sehingga hari Rabu iaitu hari pengesahan pm terkena penyakit batu karang. Pagi Rabu itu pm memandu kereta dalam keadaan resah dan terasa kebas kebas di pinggang kiri. Setelah selesai taklimat pagi pm bergegas ke klnik panel. Doktornya seorang lelaki melayu muda yang lebih banyak bercakpa dari pm. Dia menterjemahkan penyakit ini dalam huraian yang panjang menggunakan bahasa inggeris. Kekadang pm tidak faham apa yang dia cakap , almaklum bahasa inggeris pm hanya sekadar bahasa tingkatan 5 dan bukanya gunapakai bahasa surat khabar new straits times. Pm tidak mementingkan apa yang dia cakap tetapi amat memerlukan satu suntikan bagi menahan sakit....... Masa orang sakit tak perlu membebellah...Selepas menerima suntikan sepertinya doktor doktor lain dan juga orang orang kampung yang bodoh tak sekolah , pm menerima nasihat darinya supaya minum air banyak banyak..........

Di tempat kerja pm juga banyak mendengar pendapat orang. Ada sahabaat menyatakan bahawa dia telah berbelanja hampir RM 10,000.00 untuk perubatan isterinya dan dengan bangganya dia menyatakan bahawa dia ada kad insuran. Pm dengar sahajalah.... maklum orang tengah bengong...........

Jam 12.30 pm berjumpa kawan sepejabat yang mana beliau memberi pm dua pokok bayam berduri. Satu untuk di tanam dan satu lagi untuk direbus untuk diminum airnya. Menurut katanya jikalau ada yang sangkut sangkut pasti akan terlepas keluar.....



Dalam perjelaana pm ke kereta, tiba tiba pm dapat panggilan talipon dari adik pm. Dia tanya kenapa lambat sangat memeberitahunya. dia nasihat pm minum air ecpi..........


Bukan nak promote.....pm pun belilah dua botol besar di farmasi berdekatan................... Dua dua kaedah ini pm pakai terus walaupun ada banyak nasihat yang lain....... Mulai petang itu pm mula minum air ecpi dan kemuidan minum air rebusan dari pokok bayam berduri itu. Esok paginya pm telah mula dapat buang air besar dengan tenang, manakala pangkal ari ari pula mula terasa sengal sengal........Masuk hari kedua iaitu hari jumaat, pm buang air besar berkali kali menyebabkan pm mengambil keputusan memberhentikan dahulu minum air rebusan itu.....manakala minuman air boto masih diteruskan sehingga ke hari ini........Alhamdulillah warna air kencing sudah mula jernih dan rasa sakit berasa hilang........

Ada beberapa hikmah pm temui sewaktu sakit itu
  • Tidak ada orang akan sanggup bersama kita walaupun untuk menunggu sama saat kematian kerana masing masang mempunya urusan tersendiri.
  • Kehidupan dilalaui sehari hari adalah amat membosankan, kita semakin kehilangan selera.
  • Andainya tuhan menutup dua laluan keluar iaitu salur dubur dan kencing, kita akan rasa pening dimana angin naik ke kepala. Peringkat kemudiannya adalah berlaku kesesakan mengganggu penafasan dan jantung. Kemudian anda akan sendiri faham
  • Duduk di rumah hanya bertemankan tv, kita akan menonton apa sahaja filem samaada suka atau tak suka....

  • Kerja membaiki dapur rumah pm berjalan dengan lancar....orang kontrak buat dengan tekun dengan sebab tuan rumah ada di hadapan mata.

  • Akhir sekali pm bertemu guru berwibawa yang begitu menarik hati pm di kaca tv di petang Jumaat. Bahasanya, ajarannya bagitu menyenangkan. Beliau adalah .................

  • Guru pm pernah berkata bahawa jikalau telah telah datang ketentuan Allah, maka pada waktu itu tiadalah jampi tiadalah doa.... Terimalah denga redha. Sesunggunya kesakitan yang pm lalui menyebabkan pm tidak tahu membaca apa apa, mengganggu pm mengingat apa apa ayat, mengganggu kenyakinan. Waktu ini kita memerlukan seseorang sebagai panduan dan penyuluh. Walaupun mungkin ramai manusia di sekeliling kita tidaklah bermakna salain daripada orang yang saling ingat mengingati tentang keagungan tuhan....

Saturday, March 2, 2013

Sebelum Ajal

Salam.

Sudah beberapa hari meninggalkan fb dan blog .... hari ini baru pm terperasan sudah 2hb March........Minggu lalu pm sibuk dengan persiapan untuk pemeriksan Bomba kepada bangunan kami. Waktu itu sudah terasa senak senak di bahagian ari ari...Menahan rasa sakit itu sehingga ke hari Isnin iaitu hari pemeriksan pihak Bomba...


Oleh kerana tidak beberapa sihat, sempatlah pm mengingatkan Stevan Nick tetantang soalan soalan yang bakal ditanya. Akhirnya stevan nick jadi cikgulah....


Setelah hari itu pm berasa kurang selesa. Selasa petang pm pergi ke sebuah klinik di Kepong. Doktor kata di dalam kencing pm di dapati berdarah. Memang terasa sakit dan senak sesangat sangat dan menghadapi perasaan tidak puas apabila membuang air kecil atau air besar. Doktor beri ubat dan suruh banyak minum air serta berehat di rumah. 

Malam itu pada jam 12 malam pm terjaga dari tidur dan berasa tidak kena pada perut dan kaki terasa kejang. Pm berjalan di dalam rumah seperti singa dalam kandang. Sememangnya tak tau nak cakap apa. Akhirnya munasabah diri menahan kesakitan dan bersabar, pm kemudiannya menyuruh anak lelaki mengurut ke dua belah kaki pm dari peha ke hujung jari kaki..... Semua ok kesudahannya.....

Esok malam pm mengambil keputusan untuk berbekam..


Kawan kita kata berbekam adalah sunnah nabi



Pada mula tak sakit tetapi selepas berbekam barulah terasa sakit dihiris...................Malam itu selepas jam 12 malam terjadi lagi kesakitan pm. Kali ini angin menyesak di pinggang perut dan ari ari. Pm terasa kelam kabut dan beritahu anak anak pm bahawa jikalau tidak pulih dam masa 1 jam, pm akan ke hospital malam itu juga. Hospital yang terdekat ilah hospital Selayang atau Kuala Kubu Baharu....

Akhirnya seorang anak lelaki pm bersanggupan mengurut pm bersama adiknya. Dia urut keseluruhan kaki, belakang badan dan kemudian perut. Dalam pandai tak pandai itu dia telah berjaya memulihkan pm dengan izin Allah. Pm lihat dia bermandian peluh dan tidur terlentang keletihan selepas itu.....

Pm belum pasti apakah sakit yang pm hadapi, ada orang kata batu karang, kenalah jumpa doktor dahulu untuk pastikannnya. Di dalam hal ini pm teringat bagaimana orang orang tua dahulu begitu memerlukan anak anak di saat saat kematiannya....Salah satu tanda kemungkinan kematian itu adalah sistem badan tersumbat..........

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...