Tuesday, August 3, 2021
PERJALANAN PULANG: Mati Hidup Semula ( Kali Ke 2)
PERJALANAN PULANG: Mati Hidup Semula ( Kali Ke 2): Salam, Memang sudah lama pm tak menulis dan menjenguk ke blog ini. Semenjak pm bertukar kerja, pm tidak lagi mengadap komputer. Bukan tidak ...
Mati Hidup Semula ( Kali Ke 2)
Salam,Memang sudah lama pm tak menulis dan menjenguk ke blog ini. Semenjak pm bertukar kerja, pm tidak lagi mengadap komputer. Bukan tidak ada idea tetapi rasa penat bekerja membuat pm melupakan segalanya.Baru baru ini pm positif covid 19 iaitu pada 16hb Jun 2021. Rasa terperanjat dan heran juga. Pada 18hb Jun pm dipanggil KKM yang bertempat di Hulu Yam untuk pasang gelang. Jumlah 10 hari kurantin itu pm rasa duduk di rumah sahaja. Pm demam dengan suhu tinggi, sakit, tiada selera makan. Anak ada belikan alat untuk mengesan oksigen dalam badan. Makan panadol dan berbagai petua dan makanan telah digunakan tetapi demam tetap tinggi setiap hari. Tarikh 21, 22 dapat bertahan dan akhirnya pada 23hb Jun 2021, bacaan oksigen terun menurun ke 84. Anak pm dari Melaka telah menghubungi ambulance kerana pm telah mula sesak nafas.Pm telah dibawa ke Hospital Selayang ke wad kecemasan pada tengahri itu . Doktor menyuruh pm baring meniarap dalam beberapa jam dalam keadan memakai gas. Memang lenguh tulang belakang. Tidak dibenarkan bergerak dari katil dan buang air juga di atas katil. Jam 2.00 pagi pm di pindahkan wad 8 D katil no 15. Bermulalah kehidupan pm di wad tersebut.
Dari katil 15 ke katil 20........ke tkt 9 b katil 26. selama 3 minggu
Di dalam wad merupakan mimpi ngeri dimana tidaklah sama apa yang disebut orang dan sangat berbeza dengan apa yang dilalui. Memang sebenarnya font liner itu sibuk, mereka mengambil masa dan cuba memenuhi kehendak pesakit dalam keadaan waktu terbatas. Mereka bertugas dalam keadaan yang lama dan ada yang melebihi 10 jam. Mereka penat dipanggil pesakit, ada sahaja "emergency", kematian, memberi ubat membuat pemeiksaan. Merekalah peneman kami penghibur kami di saat teman teman sebelah sesak nafas atau menunggu ajal. Sungguh sukar memperincikan kisah ini, mungkin di lain masa dan ketika
Memadailah sedikit gambaran untuk kali ini. Pada 12hb Julai pm selamat keluar dari wad, setelahnya 3 hari sebelum oksigen dibuka. Kemudian menjalani kehidupan di rumah sebagai orang tua bertongkat sehingga kini tidak dapat berjalan normal akibat dari kesan covid 19.
Kepada para sahabat di luar sana pm pesan.....jika covid peringkat 1 dan 2 kurantinlah baik baik. Jangan jadi seperti pm..covid tahap atau jua tahap 5. Anda akan pergi tak kembali.......
Sekian
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUBUH YANG DURHAKA
Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...
-
Salam.....aku dah balik opis...tadi pergi klinik...kandungan gula menurun ke 9.4...Masih tinggi weh...Aku kena menjaga makan.... Cam mana na...
-
Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun say...
-
Salam........suatu hari teringin sangat di hati pm untuk memilik sebilah keris sakti. Tapi di mana gerangan dapat dicari, dapatkah kita cari...