Followers

Tuesday, July 19, 2011

Membersih Lumut Di Longkang

Salam............Sana sini riuh rendah dinegeri parti pembangkang menimbulkan berbagai kes khalwat, sumbang mahram, buang anak dan sebagainya . Orang orang yang melakukan kerja itu pastilah berkopiah, bertudung apabila hadir ke makhkamah dan juga pakai spek hitam bila kes cerai berai. Tiadalah cerita menarik selain dari cerita rumahtangga orang dan habis diselak selak kain sampai ke pangkal peha. Kalau di kampung kampung tentulah semakin hebat kerana cerita cerita memalukan itu bukan sahaja berangkai rangkai di kedai kedai dan pasar tetapi juga di tangga tangga surau dan masjid. Banyak bercakap hal orang tetapi tidak banyak yang  mahu mencegah..............

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan saya iaitu seorang pegawai polis berbangsa China, beliau berpendapat bahawa pelacuran tidak dicegah demi untuk mengelakan gejala sumbang mahram dan rogol. Benarkah ? Bagi saya itu cuma satu pendapat dan tidak mewakili mana mana pihak. Sebenarnya orang orang yang tinggal di bandar lebih bebas dan sangat mudah melanggani pelacur. Tidak ada siapa yang akan membuka mulut, apatah lagi jika tinggal dihotel hotel besar. Ramai juga wanita wanita di bandar menyakini bahawa suami mereka orang baik baik dan sangat sayangkan isteri tetapi tidak mengetahu disebaliknya itu. Rasuah juga bukan berupakan wang tetapi juga wanita. Taukeh taukeh yang kaya raya akan merasuah dengan menggunakan wanita kerana "rasuah" itu tidak dapat dilihat di dalam akuan bank. Kepuasan memanjat tangga tangga bangunan ini memang meredakan kes rogol dan menjadikan suami taat kepada isterinya yang satu. Dinegara barat, ada terdapat para isteri menyediakan pelacur kepada suaminya dan dengan ini suaminya akan berada disisinya selalu.

Bagaimana pula di kampung kampung ? Disana adalah tempat orang baik baik, tempat orang beribadah dan rasa malu tehadap jiran tetangga tehadap masyarakat menyebabkan kerja kerja maksiat tersekat. Namun begitu di dalam senyap , perkara ini berlaku juga. Bukan sahaja menjadi haruan yang makan anak, tetapi juga memanjat kerumah janda janda yang gersang. Bertambah pula banyak keluaran prodak tongkat Ali, bahan makanan yang memberangsangkan dan tentu sekali tidak karuan mana tujunya............... Bagaimana harus mencegahnya............................ 

Bukankah orang pernah berkata, jangan mengubah sesuatu yang azali.............. Sepertinya memutar bumi dari barat ke timur maka terjadilah kiamat............. Pada hari ini manusia mahu mengubah ketentuan tuhan dan rasakanlah kecelakaan itu..................


gambar hiasan

8 comments:

azieazah said...

Seperti mana iman yang tidak boleh diwarisi, nafsu serakah juga tidak mengenal warna kulit dan tempat mana pun kita berada.

Nak bersihkan lumut yang tebal, kena sental kuat-kuat, Bang. Itupun belum tentu lekang semuanya.

Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!

Panglima Muda said...

tu lah........pakai asid kut boleh

khairul said...

org beriman lgi hebat dugaan nya

Citarasa Rinduan said...

assalamualikum..

sedar2 dah hampir 4 bulan ayu tak singgah sini..
nampak sangat ayu hampir terlupakan pak mat..

moga kekal hubungan kita ya pak mat..
kalau saya lupa, pak mat tolong ingatkan saya..

PS: kalau sental pun, belum tentu ada orang hargai kan???
nak ambil tahu.. orang kata suka jaga kain orang...

anGah said...

antara blog yang selalu aku terjah.. tapi tk penh komen.. walaupun botak... macho tetap ada.. tumpang lalu ye panglima.. huhu

anntaj said...

entry awak best jugak...:)

papajahat said...
This comment has been removed by the author.
Panglima Muda said...

jaga jagalah suami anda