Dua minggu lalu aku ke Melaka kerana ada urusan di Kuala Sungai Baru. Dapatlah aku melihat pemandangan di tepi laut, ombaknya menggulung gulung kecil, membuai perahu nelayan yang berlabuh di tepian. Anginnya sepoi sepoi bahasa dan pastinya bait bait cinta dan kehidupan dapat diluahkan. Dan disana itu ada sebuah kedai makan dimana kami disambut oleh seorang gadis kecil yang mempunyai mata yang cantik Subhanallah, bukan kerana gejolak nafsu tapi matanya memang sungguh cantik. Itulah anugerah Allah SWT kepadanya yang mana sukar dimiliki oleh orang lain.
Hari ini aku melihat lagi seorang gadis yang cantik , seorang gadis Thailand datang ke Kuala Lumpur untuk melawat. Tetapi sayang sekali kecantikan kepada wajah bukanlah dapat disamakan dengan hati dan peribadi dalamannya. Bukan sahaja akidahnya bertentangan tapi kelakuan buruknya mencacatkan pandangan
Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dan wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran ". (Al-Baqarah: 221)
No comments:
Post a Comment