Tuesday, August 14, 2012

Musafir Di Aidilfitri

Salam, suara hati menjelang Aidilfitri................


Emak,
Bulan Ramadhan hampir berakhir. Biasanya waktu waktu begini emak sibuk membuat kueh, dapur kita penuh berasap pabila emak memasak kueh bahulu kemboja kesukaan along. Setidak tidaknya memukul telur ayam di dalam pasu, buat persediaan membuat kueh bahulu. Sedap dan wangi baunya dan tidak seperti bahulu di Tesco, naik gebu kelihatannya, kalau dicicah dengan air teh alangkah sedap rasanya. Sambil sambil itu emak sibuk membakar kueh semprit di dalam oven. Waktu itu manalah ada oven letrik, emak bakar sahaja di atas dapur minyak tanah, kalau guna dapur kayu pastinya berasap penuh satu rumah.



Emak,
Tahun ini semua anak anak emak balik ke kampung kita walaupun emak dan bapak sudah tiada. Abang long bercadang hendak buat tahlil di pagi raya sebaik sahaja selesai solat Aidilfitri. Semua adik beradik pakat pakat nak bawak makanan balik ke rumah emak untuk kenduri pagi itu. Tahun ini memang tidak terfikir untuk membakar lemang beramai ramai, tidaklah seperti dahulu waktu emak ada. Waktu itu kami semua masih budak budak, sanggup berpanas dipanggang api. Ya lah, buat lemang bukannya 2 jam seperti lemang yang mengejut sekarang. Begitu jugalah ketupat, kena tukar air berkali kali....



Emak, 
Masih kami ingat waktu di pagi raya, kami dapat memakai baju melayu hasil dari jahitan emak sendiri. Walaupun kainnya agak keras tapi emak masih boleh berbangga menyiapkan baju melayu dan baju kurung anak anak dengan menggunakan mesin jahit tangan. Orang sekarang bukan sahaja tidak tahu menjahit sendiri, malah menempahnya juga tidak mahu. Mereka sanggup beli baju di kedai kedai atau kaki lima walaupun baju itu TIDAK SENONOH....Masih kami ingat , emak selalu pilih warna yang cerah cerah walaupun warna merah bagi menceriakan hari raya. Kain langsir emak juga cantik cantik dan buatannya agak rengkas. Memasangnya juga agak senang, cuma menggunakan dawai biasa, tidaklah seperti langsir sekarang beropal ropal, bergelong gelong seperti jubah arab.




Emak,

Raya kali ini kita tidak bersama, along angah, alang andak dan usu akan berkumpul. Masing masing membawa anak anak masing masing. Rumah kita akan hingar bingar namun kubur emak dan bapak tetap sepi......Bermulanya takbir raya, bermulalah siksa kubur, bermulalah ingatan kembalinya anak anak...Selepas itu semuanya sepi, emak..........................kubur nan sepi.........anak anak akan bawakan apa untuk emak??


3 comments:

bujal X said...

alfatihah~~

*saya tahun ni 1st time beraya sebagai yatim piatu~~hu~~

perjalanan pulang said...

samalah kita

maszull said...

assalamualaikum PM....sedihnya ramadhan akan meninggalkn kita dah mulalah kembali ahli kubur dgn seksaannya...:(

al-fatihah bekal buat arwah2 yg telah pergi menemui Allah...

selamat hari raya dan maaf jika ada yg terkasar bahasa yer...:)

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...