Thursday, April 11, 2013

BANJIR BESAR MELEPASI TILAM

Salam.......

Semalam KL banjir ? Sememangnya ada orang tidak tersangkut dalam jem kalau keluar opis seawal awalnya pukul 5.00 petang. Tapi selepas daripada itu kebanyakkannnya menerima padah yang berbisa...Pm berada di kereta jam 5.25 petang memandang hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Sekali sekala melihat cahaya kilat melepasi kepala, dahsyatnya kelihatan angin membawa hujan berusing pusing. Pm berfikir mahu menunggu sehingga hujan reda.....

Jam 5.50 kesabaran mula tercabar, pm keluar dari hotel menuju ke Jalan Ipoh. Di hadapan hotel Dynasti kelihatan air banyak bertakung dan kelembabkan pergerakan menyebabkan ada kereta menelan air. Ada yang terdampar tidak boleh bergerak manakala pm menakan pedal minyak mengharungi air. Alhamdulilah lepaslah ujian pertama. Pm masuk ke jalan Sentol menuju ke Bt. Caves. Perjalanan Ok sehinggalah ke simpang mahu ke taman koperasi polis. Di sana ada kereta cantik jenis honda berendam di dalam air. Banyak orang tersenyum melihat kerta itu terutama pemilik kereta lama seperti pm ini. Ujian ke dua mengharungi air ........

Sambil menunggu anak masuk ke kereta, pm terasa bahang yang panas. Dalam kereta ada angin tapi hawa sejuk dah tak ada, cermin mula kabur.....Pm berhenti di station minyak ...dapati kipas air cond dah tak bergerak...................................aduh...........

Cerita di jalan ipoh di belakang Vistana hotel...katanya air sungai melimpah naik. Ada kereta tenggelam, ada poko tumbang. Seorang perempuan melayu memakai skirt keluar hotel menangis nangis cuba ditenteramkan oleh teman lelakinya. Dia menangis kerana keretanya lumpuh di dalam banjir. Menurut katanya kereta tersebut adalh milik suaminya dan dia takut suaminya marah dan mengetahui kedudukan keretanya yang ditenggelami air. Dia takut dan sangat takut setelah menggunakan bilik " day use" bersama teman lelakinya. Suaminya ingat dia pergi ke pejabat , rupa rupanya dia berbanjir bersama orang lain........Akhirnya dia meredah air pulang ke rumah tanpa menghiraukan keselamatan dirinya......

gambo hiasan 

3 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Hebatnya perempuan melayu itu!

perjalanan pulang said...

ya sangatlah hebatmya

ellynadyra said...

hebat disebalik cerita banjir!

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...