Monday, April 15, 2013

Bicara Pagi

Salam......Pujian Kepada Allah dan Selawat kepada Nabi.....................

Sejenak membicarakan soal " kegagalan" insan membentuk diri yang ke arah kebaikan.... Dimanakah ianya bermula ? Ada yang mengatakan bahawa pendidikan itu bermula dari dalam perut. Hanya Allah sahaja yang tahu...Ada orang mengatakan bahawa ibu mengandung sebaiknya membaca alquran bagi memperdengarkan anak yang di dalam perut tidak termasuk siibu memakan benda benda baik baik dan halal. Rasanya sudah banyak juga para ibu berbuat demikian padahal anak yang dilahirkan perangainya jahat juga macam hantu. 



Dari kecil si anak diasuh mengaji Alquran, menghafal doa, solat puasa dan sebagainya tetapi apabila sudah dewasa mereka juga memenuhi tempat tempat  maksiat mencari jalan yang lain dari jalan agama. Salahnya dimana pula ? Sekali sekala kita melihat orang lain dengan penuh kecemburuan, bukan hanya melihat kekayaannya tetapi anak anak mereka penuh berilmu dan berjaya. Bukan sahaja berpakaian seperti orang soleh tetapi juga menduduki jawatan jawatan tinggi. Manakala anak anak kita adalah murid yang TERCOROT di dalam kelas, menjadi hantu jalanan...............



Namun segala apa kejayaan yang kita lihat sebenarnya bukanlah satu realiti. Mereka juga seperti kita dihimpit tekanan hidup, bergelumang dengan kegelisahan lantaran kerana tiada tempat berpijak di bumi nyata. Sekali sekala ada baiknya bertanyalah kepada anak anak jantan dan anak anak dara di dalam rumah. Tanyalah apakah rukun sahadat, syarat sah syahadat, tanyalah tentang rukun iman , dan yang membatalkan iman, rukun islam , syarat sah islam , tanda islam dan juga rukun intinja......Kalau perkara asas seperti itu tidak diketahuinya, inikan pula perkara yang besar besar. Kalaulah perkara besar besar seperti kesusasteraan  islam , ekonomi islam , budaya islam diketahuinya bagaimana pula dia hidup tanpa asas yang pertama tempat bermula ?


Jika tapak pertama mereka bermula, mengenal halal dan haram, mengenal salah dan betul, mengenal buruk dan baik lalu mempraktikannya, nescaya mereka akan menjadi pemimpin yang benar dan tidak boleh dijual beli, mereka akan menjadi jenerasi yang beriman, pemimpin politik yang beriman. Mereka tidak akan makan rasuah, tidak dibeli dengan wanita, tidak minum arak, tidak mengunjungi tempat maksiat, tidak fitnah memfitnah, tidak menjadi penyokong kepada pihak yang salah.. Tidak juga sombong dan takbor dan tidak menindas dan merampas harta orang. Semua tidak akan berlaku jika mereka mempraktikkan ajaran Islam kerana Islam mengajar kita percaya kepada Allah dan bukan sekadar hanya percaya semata mata tetapi takut kepada azabnya. Dlema terus terjadi bila ada kata kata percaya kepada tuhan.....ianya penuh seribu maksud... Wallahualam...............

No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...