Followers

Sunday, June 1, 2014

Mimpi Yang Nyata

Salam,

Selepas pulang dari tanah suci, pm pernah bermimpi mengerjakan tawaf bersama abang pm dan kemudian bermimpi pula melawat makam rasul dan berdiri betul betul dihadapan makam Saidina Abu Bakar. Mimpi sebagai mainan tidur itu membawa kembali kenangan berada di tanah suci dan merasakan bahawa peristiwa itu baru sahaja berlaku di hadapan mata............


Seingat pm ketika pm baru sahaja sampai ke kota mekah, pm tidak nampakpun dimana itu kaabah. Pm sangka Kaabah itu besar dan tinggi dan boleh dilihat dari jarak jauh sepertinya di dalam gambar gambar yang dilihat di dalam buku dan majalah.



Pada malam ketibaan kami, bas kami berhenti di tepi jalan. Hotel yang disediakan adalah hotel ekonomi yang mana tidak semistinya pekerja hotel tolong mengangkat semua barang barang kami. Dengan itu mana mana beg yang boleh dibawa, eloklah dibawa sendiri. lebih tepat lagi, niat beribadah itu lebih tebal dari memikirkan keselesaan. Dengan berpakaian ihram kami menaiki tangga batu ke arah hotel di celah celah kedai. Kami disuruh makan namun keinginan makan juga tiada kerana keinginan mengerjakan umrah melebihi dari itu. Seorang ustaz berbangsa indonesia menyuruh kami turun ke lobby pada jam 11.30 malam bagi tujuan umrah. Kehidupan dalam berikhram ini sangat membatasi kami, kebimbangan takut batal wudu' juga menghantui fikiran begitu juga pantang larang yang lain


Jam 12.00 malam kami bertolak dari hotel berjalan kaki ke masjidilharam. Pm melihat banyak orang berjalan menuju ke tempat yang sama. Apabila mahu memasuki pintu utama, ustaz menyuruh kami menanggalkan selipar dan menyimpan dalam karung dan kemudian  menyimpannya di satu sudut yang dipercayai selamat. Kami memasuki masjidil haram melihat keadaannya disepanjang perjalanan ke kaabah. Akhirnya Kaabah nampak berdiri tegak di hadapan mata iaitu pada ketika kaki telah memijak lantai marmar yang sejuk. Sungguh sejuk dipandang mata, sungguh terpegun ketika itu. Di dalam hati mengatakan rupanya ini adalah tempat diimpikan oleh semua orang Islam menjejakinya...." tapi kenapa ya"..." Apakah yang ada pada batu yang berbalut kain hitam itu....mengapa ada orang memeluk dan meruntun kain kaabah bagaikan tidak mahu melepaskannya. Bahkan terlalu banyak orang berhimpit himpit mencium hajar aswad. Pm melihat beberapa orang tua dilindungi oleh beberapa laki laki dimana orang tua itu dibawa terus ke  hajar aswad....Rasanya begitu mulia hati anak anak jika mereka dapat membawa ibu tua mereka mengelilingi kaabah dan mencium hajar aswad.



Namun di sana bukan hanya untuk beribadah tetapi berlaku kekasaran tolak menolak bagaikan mengejar sesuatu, lelaki dan perempuan berlaga tanpa batasan. Ada kumpulan yang kuat bukan sahaja dengan suaranya tetapi juga kuat tubuh badan merempuh orang ramai, orang orang tua , kanak kanak yang tidak berdaya. Ada yang solat di atas laluan orang tawaf mengganggu jemaah lain berjalan. Semuanya mahu mencukupi rukun tawaf sebanyak 7 pusingan. Dikala kita sibuk berjaga jaga supaya bahu kiri sentiasa seiringan dengan kaaabah, kelihatan jemaah lain sibuk mengambil gambar, berjalan tidak mengikut aturan, berpeluk peluk dan bersembang sembang sesama kawan kawannya Tanpa memperdulikan perbuatan mereka ibadah umrah harus diteruskan juga.......

Selesai tawaf  kami solat sunat dan berdoa dan terus bersai...Kesimpulannya alangkah indah melakukan ibadah ini bersama keluarga, alangkah indahnya jika kita punya wang yang banyak dimana dapat menghimpun keluarga kita di sana. Alangkah indahnya jika kita dapat meperbetulkan akidah alhli keluarga kita. Yang indah indah itu tidak semuanya dapat kerana hidup perlu perjuangan....tiap tiap sifat itu memangnya diuji dengan perbuatan.......bersambung...

No comments: