Followers

Monday, June 30, 2014

Surau As Soodiqin, Kasturi Bukit Beruntong

Salam Ramadhan,

Dulu orang kata bahawa tempat tinggal aku ni tempat JIN BERTENDANG. Ramai yang dah beli rumah di sini dan kemudian menjualnya semula kerana tidak tahan dengan jin jin yang ada. Kerana banyak jinlah maka tumbuhlah tesco, sekolah surau, pusat latihan dan sebagainya bagi menyekolahkan jin jin tersebut. Ada orang kata tempat ni jauh, Seremban lagi dekat dengan KL. Maka dengan sebab jauh itulah, saudara mara adik beradik macam tak larat nak singgah. Mereka lebih suka singgah di rumah rumah burung yang berada di tengah tengah kota......




Ini adalah gambar surau yang berdekatan dengan rumah aku, iaitu SURAU AS Soodiqin di Kasturi Bukit Beruntong yang mana susah sangat nak jumpa dalam google. Ada pun orang orang surau ini baik baik, walaupun aku ini jenis tenggelam timbul, almaklum balik rumah selalunya malam hari.




Seperti yang aku cakap tadi, orang surau ini baik baik dan tidak memilih bulu sepertinya tempat tempat lain. Tanpa menolak dan tidak mengira ahli atau tidak, tidak mengira siapapun maka kalau ada jemputan pasti mereka tidak mengecewakan tuan rumah...





Dulu berdekatan surau ini ada juga bazar ramadhan tapi tahun ni, berpecah pula di tiga tempat bazar ramdhan tu, satu dalam pekan, satu dekat masjid dan satu lagi di Seroja. Namun yang datang ke bazar tersebut bukanlah jin jin tapi manusia macam kita....







Kalau nak rasa sedap tak kueh kat sini, datanglah ramai ramai........

2 comments:

azieazah said...

Ada lagi tak rumah teres 2 tingkat kat situ yang kosong yg boleh dibeli. Saya berhajat nak cari rumah.

chengmai said...

Ada rumah untuk di jual di puncak alam teres 2 tingkat lorong naluri sukma.