Followers

Thursday, July 24, 2014

Peti Derma Berdarah

Salam,

Peperangan itu masih berlaku walaupun di bulan ramadhan. Korban masih meningkat, kecederaan makin meluas. Rumah kediaman, sekolah hospital malahan tanah perkeburan juga dibom dengan kejamnya sehingganya tiada lagi nilai kemanusiaan..............


Di jalan TAR Kuala Lumpur, orang orang kita sedang bergembira. Mereka sedang gembira bershopping untuk hari raya. Banyak pakai harus diganti, banyak duit ditaburkan justeru kerana ada yang sudah berggaji awal dapat bonos dan dapat pinjaman keewangan bagi menyambut raya ini....................

Dari awal petang di hadapan Sogo banyak pemuda berjalan dengan menggantung kotak derma di lehernya. Derma untuk gaza dikutip siang malam dan tidak mengira waktu solat. Rajin sangat nampaknya. Sungguh mulia benar hati mereka. Jika berjalan di tempat lain juga kita berjumpa kotak yang sama..... Nak bagi derma atau tidak ? Terpulang kepada anda.....Ada yang menampalkan no akaun bagi mengutip derma itu. Rasanya tentu banyak wang telah dikutip, cuma adakah benar salurannya, adakah benar benar sampai atau mereka mengutip derma untuk menyambut hari raya tahun ini untuk diri mereka ? Tolong jangan menjadikan gaza sebagai alasan untuk kepentingan diri anda...

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

dermalah atas sifat kemanusiaan, dermalah seikhlas mungkin...