Followers

Monday, February 23, 2015

Santau Angin

Salam,

Sudah lama pm tidak menjengah ke kampung maupun mendengar kisah sok sek sok sek di sana. Sempatlah juga pm melawat sahabat pm di Batang Kali. Kawan sama sepermainan dan satu cikgu, cuma bagi pm dia ini lebih pandai dari pm


Perjumpaan malam itu menyaksikan tentang keuzuran beliau. Dari raut muka yang sugul, serta batuk batuk serta suaranya yang kekadang kadang tenggelam jelas menunjukkan kesakitan beliau. Beliau kematian isteri tersayang beberapa tahun lalu dan mengambil keputusan berkahwin semula dengan seseorang yang diharap boleh menjaganya seiring meniti usia yang semakin senja. Dalam percaya tak percaya beliau menceritakan bahawa beliau mengidap penyakit itu adalah berpunca dari santau angin. Sudahpun berubat tetapi penyakit itu terus berulang ulang seolah olah sangat berkehendak kepada kematian beliau. Semuanya kerana gara gara harta pusaka ibu mertuanya sebelum isteri pertamanya meninggal. Bagaikan tidak percaya bahawa perbuatan shir itu adalah berpunca daripada  iparnya yang tamak.




Di dalam zaman moden rupanya masih ada lagi manusia suka membuat kaedah ini. Satu kaedah yang sukar dipercayai dan dikesan dan juga dianggap sebagai pembohongan yang besar. Doktor di hospital tidak menyatakan dia sakit apa apa kecuali sakit tekak padahal beliau mencungap cungap lelah tersandar di tepi pokok.

Di dalam google menterjemahkan seperti berikut :  

Santau terbahagi kepada dua: 

Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat. 

Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering. 

iika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.



Apapun ceritanya santau tetaplah santau iaitu sebagai alat pembalas dendam dengan tanpa mengira hukum hukum dan aturan alquran. Semuga cerita yang sedikit ini menjadi panduan dan peringatan kepada kita semua. Harta benda pangkat dan wanita, boleh mengubah hala tuju keinginana. Wallahualam.



1 comment:

aizamia3 said...

Jauhkanlah dari sebarang perkara yang tidak elok dari mendatangi kita semua.