Semalam,
kupanggil sahabat si alam flora
menceritakan longkang tersumbat
nyamuk menyanyi menjelang senja
bau busuk menusuk hidung
bagaikan tak terbendung
Sahabatku tidak datang,
sibuk di pejabat bermesyuarat
tidak ada wakil nan menjelma
sehinggalah menjelang pukul lima
apa pun tak ada
Semalam pagi mereka ada
buat kerja alakadar
menjenguk longkang yang ada,
disemburnya longkang kanan,
pasir masih bertimbun,
sampah masih menyubur
longkang kiri tidak diusik pun
bila disuruh dia menjawab,
tak ada arahan supervisor
tak mahu berlebih kurang
rupanya mereka sangat taat undang undang
aturan ISO yang penuh rukun
orang nak mampus pun kena beratur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUBUH YANG DURHAKA
Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...
-
Salam, 6hb disember 2019 aku terus melewati waktu pesaraanku walupun belum mencecah 60 tahun. Aku tanam anggor lagi dan meneruskan rancang...
-
Salam............, Semalam hari cuti memberi kesempatan kepada pm pergi ke majlis orang kahwin. Suasana sangatlah sederhana kerana majlis ...
-
Salam...., Semalam pm dengar cerita ada budak belakang rumah tu nampak hantu langsuir berjalan di depan rumahnya waktu petang. Agak agakn...
No comments:
Post a Comment