Wednesday, November 16, 2011

Awan Berarak Petang

Salam......... Hanya sehari ayah dirumah, dia merungut mahu pulang ke kampung. Nampak benar beliau tidak sesuai disini walaupun anak aku melayan dan tidak berenggang dengannya. Memang ayah itu kelihatan rumit dan sudah kelihatan nyanyuknya. Banyak perkara dia sudah terlupa. Bacaan solatnya tidak menentu, malam siang tidak dikenalinya kerana mata yang sudah terlalu rabun. Dia suka mengulang ngulang cerita yang sama dan tambah sedih bila beliau berkata yang tidak elok tentang anak anaknya.

Kata ustaz, kita perdengarkan kepadanya ayat ayat suci alquran...... Waktu bacaan itu berlansung, dia tidur............ Katanya juga banyak gangguan yang dilihatnya, bermacam macam rupa yang datang sehingga kadang kadang dia panas membara..................

Ambillah kisah ini untuk iktibar......beramallah semasa muda, belajarlah ilmu semasa muda kerana masa tua tidak memberi peluang untuk kita untuk bekajar semua itu. Apabila ingatan sudah mula hilang, kita tidak boleh membaca apa apa lagi, bahkan mengucap kalimah syahadat juga tidak boleh........

Kata orang juga ini adalah rezeki masing masing.........Ada kulihat seorang tua, hidupnya sendirian, tubuhnya lemah tetapi apabila selesai sahaja mengerjakan solat, kulihat badannya begitu segar..... Ada juga kulihat seorang tua, mengambil air longkang, beliau berkata ini adalah air zam zam................

Mungkin orang berfikir betapa beruntungnya hidup lama di dunia kerana tuhan memberi peluang untuk bertaubat tapi kalau kehidupan itu sebenarnya tidak menguntungkan apa apa, hanya untuk makan dan minum, hanya untuk mendengar jerita hiruk pikok anak dan cucu, kemanakah nanti sudahnya..............

Jikalau orang yang hidup selama ini mempunyai ketaatan dalam solatnya menerima nasibnya begini rupa betapalah agaknya hidup manusia yang sentiasa lalai sewaktu mudanya........ Dapatkah nanti mereka menyebut tentang tuhan dan rasulnya..........



No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...