Pusingan hidup manusia telah diatur oleh Tuhan yang maha kaya. Dari mula dilahirkan dalam keadaan telentang berbogel, dipakaikan baju, mengiring, meniarap, duduk, bangun berdiri dan kemudian berputar semula membongkok, duduk baring telentang. Dari yang mula berakal sehinggallah kembali semula sepertinya keadaan bayi yang tidak tahu apa apa. Akhir yang kekal berkuasa dan berdiri dengan sendiri adalah Tuhan Sang Pencipta.
lawatan Yb Dato Mohd Isa ke wad lelaki di hospital KKB
Bapak saya dimasukkan ke hospital KKB pada Isnin lalu 19 jun 2012 kerana sakit tua. Doktor mengesahkan beliau menghidapi strok otak. Harapan untuk sembuh sepenuhnya adalah sukar kecuali dengan izin Tuhan. Namun anak anak semua telah reda dengan ketentuan ini. Beliau akan menghabiskan sisa sisa hidup ini dengan berbaring sepanjang hayat. Kalau ada makanana dan air yang masih boleh masuk ke kerongkong, bermakna masih ada rezeki baginya. Petang semalam, adik ipar telah mula menggunakan botol susu kerana beliau tidak boleh menyedut lagi. Tidak ketahuan bila buang air besar dan kecil, anak cucu yang datang sudah mulai tidak kenal.
Khamis lalu Yb Mohd Isa datang melawatnya ke hospital, bukan atas dasar politik dimana tidak mustahil juga jikalau Ustaz Ismail Kamus akan hadir jika dia tahu. Kami semua bersaudara, satu sekolah, satu kampung walaupun mungkin ada berbeza fahaman politik. Alhamdulillah saat saat begini bukanlah masanya untuk memancing undi dimana Yb memanggil bapak saya sebagai gelaran Pak Uda.
Semua anak anak saya telah dapat melawat datoknya, melihat perkembangan yang menyedihkan ini. Seperti orang lain juga kami mempunyai masalah penjagaan kerana semua anak anak bekerja akan tetapi sesukar manapun masalah ini perlu diatasi.
Saya ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada staff staf Hospital Kuala Kubu Baru kerana membantu kami sekeluarga. Semalam bapak saya telah dibawa pulang ke rumah..............
"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat. (HR Al-Bukhari
2 comments:
Assalamualaikum PM
Allahuakbar
masa inilah pengorbanan anak2 diperlukan
masa inilah yg terbaik untuk anak2 membalas jasa bapa
moga Allah permudahkan urusan PM sekeluarga
Tumpang takziah dari saya.
Beruntung sungguh tuan masih mempunyai ayah sewaktu umur begini.
Post a Comment