Sunday, July 15, 2012

Antara Cerita Cerita

Salam,

Seorang teman datang kepadaku membawa cerita yang aneh aneh, paling layak mengisi buku buku misteri. Sayang sekali aku bukanlah pengarangnya yang pandai menokok tambah. Zaman dahulu telah lama berlalu, waktu itu orang orang kita masih berada di simpang jalan, berada di bumi Allah sepertinya jejak tak jejak. Mereka melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama................. 

Kudengar seorang ibu sangat menginginkan seorang anak lelaki, lalu beliau pergi berniat di makam Habib Noh di Singapura. Akhirnya dengan izin Alah subhanahuwataala, lahirlah anak idaman itu disambut dengan ribut taufan mengggila............Manusia tidak berfikir panjang dengan pekerjaannya, anak itu lahir dan semakin membesar mengejar usianya. Sempurnakah hidup anak itu ? Perbualan aku dengan lelaki itu terus menyingkap rahsia, beliau sering bermimpi mimpi melihat zaman zaman lalu, melihat keris berlok 9, melihat Hang Tuah mendatanginya, melihat raja dan dayang........Sungguh kasihan.... beliau masih lagi dibuai mimpi dan hayalan....Aku hanya teringat pesanan arwah guru aku " carilah ilmu memudahkan mati, carilah jalan pulang dan bukannya mahu menungkat langit menjadi Tuhan "


Bukan juga mudah untuk mati jika kita ada ikatan dan perjanjian dengan dunia. Bukan juga mudah untuk kita mati jika hati kita masih lagi berkata kata dan tidak reda, bukan juga mudah untuk mati jika kita tidak bersedia untuk pergi. Lalu setelah mati itu apa pula kita tinggalkan untuk anak anak kita, apakah pesanan pesanan dan panduan yang berharga..................?

Dari hari pertama , hari ke dua, ke tiga dan tujuh........kemudian 21 hari dan seterusnya 40 dan 90 hari ke 100 hari. Hari hari terus dihitung oleh anak anak menjadi kenangan, semakin hari semakin jauh dan bermusim tahlilnya. Apa salahnya kalau kita berpesan pesan sesama kita, sesama saudara kita.............

" wahai anakku, janganlah kau fikirkan bahwa aku yang mati ini akan menjadi hantu atau aku ini akan menurunkan saka yang tidak berguna itu kepada kamu. Jangan juga kau membayang bayangkan aku akan kembali ke dunia dengan pakaian pocong melompat lompat di pintu rumah. Tapi hendaklah kau buat apa yang disuruh oleh agama dan apa yang telah diajar oleh nabi. Jangan kau mengikut ngikut atau mengada ada perkara yang tiada di dalam agama. Jangan berpecah belah dan saling menyakiti sesama sendiri sebaiknya bersatu dan bermufakatlah. Segala rukun dan aturan agama telah tersusun maka jangan kau susah susahkan dirimu dengan perkara perkara yang tanpa ilmu dan munafaat...........

Dari Abu Hurairah r.a juga berkata, Rasulullah SAW bersabda : Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya, melainkan 3 macam :
  1. Sedekah yang berjalan terus.
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang sholeh yang mendoakan baik baginya

”Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya. “
“Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.
“Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya.” ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.



No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...