Monday, August 6, 2012

Celaka Turun Menurun

Salam..............

Ostad cakap sedap sedap terdengarnya, mengiang ngiang di telinga walaupun sudah sampai ke rumah. Bahasa ostad sedap sangat, emak bapak selalu senyum sambil cuit anak anak...."kau dengar cakap ostad tu".... Hari hari dalam TV pun ada nasihat, orang orang tua suka dengar terutama waktu pagi, kalau dahulu kena tunggu ceramah perdana....

Ostad cakap anak anak kena berbakti kepada ibu bapa. Bagaimanakah rupa berbakti itu ? Berbakti itu bermaksud menghulur duit tiap tiap bulan buat belanja dapur, juga untuk bayar bil air dan letrik serta astro, juga untuk buat belanja emak jalan jalan, juga untuk tambah gelang emas ? Berbakti itu ialah bawakan menantu cantik cantik dan lawa lawa kepada emak, atau juga beli rokok berkaton katon untuk ayah.....Tanyalah ostad ......

Ostad cakap, adakah nanti anak anak akan memandikan jenazah ibu bapanya, adakah nanti anak anak mengiring dan memasukkan jenazah ke liang lahat. Sedih sungguh ostad, budak budak sekarang dah tak mahu dah...Masa kecik kecik dulu emak bapanya tak nak bawak anak pergi masjid, tak nak bawak dengar majlis ilmu, dia orang pun tak tahu nak buat apa. Terlanjur dah ada tok imam dan bilal, biarlah dia orang buat. Lagipun berbayar dan bukan free.........Tapi ostad kalau tentang main game, main internet budak budak tu tau..dia ajar balik emak bapak dia dan bawak laptop ke rumah...kira berbaktilah tu.....


2 comments:

Telor Power said...

assalamualaikum dan salan Nuzul Quran PM

betul, sekarang mmg generasi begitu susah nak di tegur.
kesian juga melihat mereka yg tidak mengejar dgn berusaha untuk menimba ilmu keagamaan.

sya juga sedikit demi sedikit cuba mengingati pelajaran yg lepas2 dizaman sekolah agama dahulu.

moga2 ia sempat membuatkan sya sempat mengamalnya semula dihari mendatang dgn penuh keikhlasan.

Amin

perjalanan pulang said...

alhamdulillah....kita belajar dari pengalaman

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...