Beberapa berulang ke klinik dan farmasi melihat status tekanan darah yang tidak menentu, adakah pm benar benar mengidap penyakit darah tinggi ?. Tidak........ tentu tidak kalau benar benar kita menjaga diri. Kita hanya pening pening mabuk dengan masalah diri kita....Banyak benar fikirnya.....
Sesuatu terjadi sebaik sahaja selepas pulang dari mengurut badan. Agaknya darah baru sahaja berjalan lancar setelah sekian lama tersangkut di celah celah.......Sebenarnya badan sudah tersangat manja bertahun tahun, apa sahaja yang ada dipendam begitu sahaja. Kata orang berbaringlah berehatlah, maka setelah adanya tambahan berbaring itulah kita semakin menambah sakit. Sebaik sahaja sampai di rumah setelah pulang dari kerja, kita akan tumbang terus sampai ke pagi. Esoknya kita mulakan semula kehidupan hari itu pula.
Tiap persolan pasti ada jawapan, kenapa kita jadi orang yang tidak berupaya. Kita bukan tak mahu senaman tetapi tidak ada hati untuk senaman. Orang akan kata kita malas dan adakah malas itu kehendak kita ? Sebagai seorang islam pm mencari jawapan itu di dalam masjid. Diluar masjid di hujung sana ada pula kelihatan benda yang sedap sedap untuk menyumbat urat...
Khutbah jumaat tidak memberi jawapannya, malahan ada jemaah yang tidur kerana keboringan. Ada yang bersembang dengan cerita yang lebih sedap lagi. Masih ada beberapa sikat pisang untuk dimakan, ada pula pulut kuning, nasi lemak dan air minuman percuma di beranda masjid. Dimana jawapannya.............
Pertama solat tahyatulmasjid, kedua solat sunat awal jumaat sesudah azan, ke tiga solat jumaat kemudian solat sunat akhir jumaat, kemudian tambah lagi yang sunat sunat dan jangan terus berlari dengan tanpa doa. Apa yang pm nampak ialah sujud lama lama iaitu dalam sujud terakhir. Cukup relax, cukup dengan pujiannya kepada Allah. Dia yang memberi dia juga yang mengambil penyakitnya. Akhirnya semalam....terjun dengan tiba tiba ke 135........
Hidup di dunia ini penuh kekalutan, ribut tidak menentu, tiada yang puas di hati...............
1 comment:
Salam Bang Din,
ada banyak sangat dugaan kita sebagai manusia ni. Apa tah lagi kala bersolat. Hati merewang.
Hidup semakin singkat, penyakit semakin mudah nak singgah pula. Kerja kena diteruskan untuk kelansungan hidup. Apa nak buat... penyakit makin dielak makin mudah pula datang.
Post a Comment