Wednesday, August 28, 2013

Puisi Sang Lelaki

Salam....................................


Air mata
mencurah lagi
bukannya terlalu murah
untuk Sang lelaki

Malam itu
hati kian kesayuan
tentang hidup tentang penjara
tentang apa sahaja
dengan bicara nan tanpa hentinya
rintihan peribadi Sang lelaki

Siang itu
bekunya di sudut hati
kering di kelopak mata
senyum mengalih pandang
hilai tawa bagaikan hidangan.................

Kepuraan itu tidak mengubah segalanya
jantung sudah lama menjadi ulam
sakit semakin memanjang
dosa memenuhi alam..........................................



Tuesday, August 27, 2013

Berikanlah Kebahagiaan

Salam,

Anda masih lagi di mingu minggu terakhir berhari raya. Bukan sahaja rumah terbuka tetapi juga masih ada majlis perkahwinan terbuka. Ada juga blogger dengan lebih berani menjemput blogger blogger ke rumah mereka secara terbuka. Bukan sikit sikit blogger dalam Malaysia ini, siapa sahaja boleh singgah. Ya Allah kekayaan itu milik engkau....Mudah mudah mudahan Allah memberi rahmat.

Kenduri atau rumah terbuka ini adalah istana kepada makanan. Anak anak kita akan bergembira bila mendapat makanan. Jangan kira soal sedap atau tidak sedap, budak budak makan sahaja seperti mana orang berdoa, main "amin" sahaja walaupun tidak faham apa yang imam bacakan.




Namun begitu dalam mewah mewah makan janganlah membazir, main ambik tapi tak habispun. Emak bapak tolong jaga perangai anak anak di rumah orang ya... Masa balik nanti budak budak tu akan dapat " ampau" jugak


Beberapa hari lagi kita kan menyambut merdeka pula, maka banyaklah orang pakat pakat cuti dengan merayakan segala macam perayaan. Ada yang beraya, ada kenduri kahwin, ada kenduri bertunang, ada kenduri kesyukuran, ada kenduri awal bulan. Betul betul seronok orang Malaysia ni...


Dalam seronok seronok ini pm nak pesan, jangan main tembak tembak, jangan buat yang bukan bukan, jangan bela ular banyak banyak dalam rumah. Bukankah kita bangsa yang terkenal dengan budi pekerti mulia. Orang arabpun kalau dah datang Malaysia berkali kali akan bersikap lembut seperti kita. Dia kata orang di sini baik baik, sangat bersopan. Hanyalah segelintir yang tidak bersopan dengan sebab selalu sangat menonton TV cerita tembak tembak.... Dulu dulu manalah ada, habis habis ceritapun kisah Hang tuah bertikam dengan Jebat. Bila dah matipun kuburpun tidak menentu dimana...kejap kata kat sana kejap kata kat sini. Akhir kata...selamat makan... jangan sampai tercekik ya.....




Wednesday, August 21, 2013

Ubat Paling Mujarab

Salam,

Di sana sini masih banyak rumah terbuka sempena Hari Raya Puasa. Ada yang meraikan di dalam pejabat dan dewan dan tidak kurang juga membuat khemah di luar rumah. Hari ini pm nak sebut berkenaan anak anak kita yang baik baik belaka.

Anak disebut juga sebagai cahaya mata. Pada hari raya anak anak juga menjadi sumber rezeki emak bapak yang menumpang duit raya. Adakah anda memantau kelakuan anak anak anda di rumah orang atau di hadapan tetamu ?


Kehidupan moden banyak membiarkan anak anak membuat sesuka hati. Emak bapak tidak pernah pukul ataupun jentik kerana terlalu memanjakan mereka. Ada budak budak membuat bising di hadapan tetamu, ada yang menangis melalak menunjukkan perangai. Emak bapaknya diam sahaja. Ada yang menconteng dinding rumah orang, memecah pinggan mangkuk, menabur nabur kueh raya ke dalam longkang, merosakkan kusyen tempat duduk, bermain dengan hiasan rumah orang, mencalar kereta tetamu, bergaduh dengan anak anak tetamu atau tuan rumah. Emak bapaknya membiarkan sahaja....."Biarlah nak buat macam mana, dah perangai budak budak"



Anak anak sebenar mengikut perangai emak bapak. Bagaimana buasnya perangai emak bapak semasa kecil begitulah rupa perangai anaknya masa kini. Bagaimanakah emak bapak kita mengawal kita sebenarnya ?

Senang sahaja....ibu anda mempunyai penyepit asli.....cubit cukup cukup budak tu.. ada cubitan halus yang menyakitkan dan ada cubitan besar dan siap pulas sekali....settle.... Pernah juga emak bapak kita menunggu tetamu pulang dan selepas itu kita kena libas dengan rotan cukup cukup, paling sedap ialah kepala tali pinggang......Berdesup....lain kali budak tu beringat sangat........Lain kali juga tak perlu libas, main jeling sahaja... budak budak sudah bertempiaran lari....Jadinya ubat cara traditional ini cukup bermakna sehinggalah kita ini jadi orang dan boleh sampai ke universiti.....Kalau nak main pujuk pujuk susahlah.....main lempang lagi senang...........



Tuesday, August 20, 2013

Duri Duri Kehidupan

Salam,

Mata pm terasa agak kabur hari ini tapi masih terpanggil untuk berbicara di sini......

Sudah 4 tahun sahabat pm mendirikan rumahtangga. Wanita pilihan orang tua dan kahwin bukan atas dasar cinta. Semuanya Allah beri, kemewahan datang menggolek. Dari seorang yang miskin kini berubah menjadi senang pabila mendapat isteri dikasihi oleh ibubapa. Sahabat ini pula dari seorang kaki judi sehinggalah  berubah menjadi seorang yang diberi hati ke masjid. Diberi kemudahan untuk berniaga, kerja yang baik. Dipendikkan cerita kira OK.....lah tu.............



Sungguhpun demikian ada sesuatu yang menjadi kekurangan pada dirinya iaitu " ANAK" dan beliau sendiri merungut rungut kerana mendapat isteri  yang " KURANG RAJIN". Dua isu ini menjadi topik utama perbincangan keluarga sehingga ada yang mencadang cadang di pihak lelaki supaya sahabat pm ini mencari isteri baru di luar negara...isk isk isk.......



Hasil dari rasa tidak kena ini, sahabat pm telah seminggu tidak pulang ke rumah dan telah mengemukakan masalah rumahtangganya kepada bapa isterinya. Bukan sekali masalah ini timbul dah berulang ulang....Orang yang kahwin hasil dari tangan keluarga dan mempunyai isteri yang manja dengan emak bapak begini pulalah kesudahanya....... 

Pm cakap macam ostadlah, kalau isteri kau kurang rajin, kau carilah orang gaji. Ostad cakap adalah wajib si sisuami menyediakan makan pakaian dan tempat tidur. Dalam erti kata kasarnya " mengangkang ajelah" tak payah susah susah sebab suami akan sediakan..... Itu ostad dalam TV yang cakap. Isteri zaman sekarang mungkin terasa jadi babu selepas kahwin kerana terpaksa menyedikan makan minum suami apatah lagi basuh membasuh. Mungkin sang isteri sebelum menjadi isteri orang mereka adalah puteri raja yang dicebuk dan dimandikan di dalam kolam mandi...



Di dalam hal ini pm tidak menasihatkan apa apa lagi. Emak pm pernah cakap, kau yang pilih bini kau, settle lah sendiri. Jangan ada bunuh membunuh dan tanpar menampar dalam lift .....sudahlah..

Betapa penting pendidikan agama bagi ke dua dua pihak................................


Monday, August 19, 2013

Neraka Dunia

Salam...................

Setiap masa sejarah itu berulang. Hari ini hari orang lain, esok mungkin hari kita pula. Setuju tak ? Sepertinya sedikit cerita saya dan juga kenalan yang lain menyentuh tentang orang tua yang terlantar sakit.

Seorang perempuan tua terlantar sakit di rumah anaknya. Dalam keadaan lemah letih lesu tidak berupaya mengurus diri sendiri. Segalanya bergantung kepada anak anaknya yang saling bertolak tolak sesama sendiri. " Kaulah jaga, aku sibuk" Kaulah jaga sebab kau anak lelaki" Kaulah jaga sebab aku lelaki manalah aku boleh cuci berak dan tukar pampers emak"...... Begitulah diantara kata kata yang biasa didengar.......


Anak perempuan pula menghadapi masalah suaminya. Adakala suaminya tidak suka ibubapa mertua menumpang dirumah. Kadangkala kadar kemampuan suami tersangatlah terhad walaupun untuk membeli susu dan beras. Kadangkala ibubapa lebih tenteram di rumah sendiri dan anak anak akan melawat sekali sekala. Dalam kes ibubapa yang lumpuh atau hilang keupayaan mengurus diri, siapa pulak nak jaga ?

Ibu pula, yang sakit cuma tubuhnya, tapi mulutnya tidaklah sakit. Duduk di rumah anak anak , semuanya tak sesuai. Semuanya ada cacat cela. Anak ini sakitkan hatinya, anak ini tidak beri makan katanya, anak ini banyak anak dan bising katanya, anak ini lebihkan lakinya katanya. Pendik kata semuanya tak kena dan tidak termasuk bebelan dan maki hamunnya. Nak suruh dia solat dia marah, kalau solat pulak macam tak kena sahaja. Ada orang cakap, orang tua ini dah balik jadi budak, ustaz suruh sabar tapi sabarkah kita ?

Ada juga orang kita lihat begitu bagus menjaga orang tuanya. Tapi semua itu wayang sahaja di depan mata orang, sebaliknya dia adalah manusia yang kejam.

Nasihat yang terbaik adalah " jangan perduli apa orang kata, jagalah dengan penuh rasa tanggung jawab, belajarlah ikhlas walaupun liat nak ikhlas. Percayalah pada Allah. Hidup ini penuh kenyataan dan pembalasan juga nampak nyata. Jangan tanya kenapa nasib ibubapa kita begitu sewaktu tuanya. Jadikanlah pengajaran yang baik untuk diri kita.

Sewaktu muda ini janganlah cerewaet sangat, belajar bersyukur, belajar menerima takdir Allah. Jangan sangka buruk pada Allah Taala. Mesrailah Alam ini dengan rasa kesyukuran, jangan membunuh jiwa yang diharamkan, jangan menyakiti orang, jangan buat aniaya...........insyaallah masa tua anda akan dilayan dengan penuh kemesraaan


Sunday, August 18, 2013

Semusim Beraya

Salam..........,

Anda masih lagi di dalam mood  Hari Raya. Jika sempat bacalah entry ini pada waktu waktu lapang............Janganlah makan banyak sangat lemang .....sakit sendi dibuatnya.....

Raya yang bermakna apabila kita mempunyai segala yang baharu. Kita tunjukkan kepada kaum keluarga kita apa yang kita miliki waktu kini. Sungguh berlawan dengan niat asal iaitu " nak balik kampung, nak menziarah sanak saudara, nak menziarah kubur" Tapi yang jelasnya begitulah.....



Anak anak kita dah besar, ada yang sudah bekerja ,ada yang sudah berkahwin. Ada orang bawak balik girl friend, ada orang bawak balik tunang dan ada juga nak tayang isteri muda. Tahun ini emas kakak bertingkat macam mana ? Baju pesyen apa pulak dan ditambahi pula dengan pesyen tudung balut leher kepala dan bahu....isssssk........


Raya tanpa orang tua juga tidak bermakna. Sekurang kurangnya ada satu orang tua yang menjadi penyeri tempat anak cucu berhimpun. Tanpa orang tua, rumah akan kosong dan orang tua juga perlu emas bertingkat tingkat....


Memang seronok berhimpun ramai ramai, sambil berbual panjang dan makan makan apa yang ada, rindu dendam bakal terubat adanya....



Banyak kisah sedih dan gembira disebut sebut menjadi memori yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Namun kita adalah insan yang lemah. Di sebalik kegembiraan itu kita tidak boleh lepas dari senget benget, kutukan mesra dari adik beradik dari depan dan belakang kita


Hari Raya adalah hari perjumpaan penuh cerita yang hanya terjadi sekali sekala pada musim perayaan ini


Raya ini pm tanpa ibubapa..........pergilah beraya ke tempat orang. Sedap tak sedap makanlah....tekak orang dan tekak kita manalah sama....Lainlah kalau kita ada tekak ular sawa.......


Tidak terlewat untuk pm ucapkan selamat menyambut hari raya dan menghabiskan serdak tepung di dalam tin, mudah mudahan Allah memanjangkan umur dan dapat bertemu di masa akan datang....


Saturday, August 17, 2013

Malang Di Musim Raya

Salam...,

Cerita malam itu tidak berakhir begitu sahaja. Esoknya hari Sabtu, manalah ada bengkel proton dibuka. Nasib baik anak pm ada bawa balik keretanya juga tetapi beliau nak balik KL hari sabtu jugak. Hari Sabtu adalah hari raya yang ke 3. Hati memang tak gembira...........Pm hubungi wakil pengedar di Gurun, seorang perempuan China menjawab mengatakan bahawa kedainya akan dibuka pada hari Ahad.

Pagi Ahad Raya ke 4 iaitu 11hb Ogos 2013 jam 8.00 pagi pm bertolak ke Gurun. Berhenti juga sekali apabila lampu amaran CVT bernyala dan akhirnya sampai ke kedai tersebut. Pemeriksaan dibuat menggunakan computer dan menurut katanya masalah CVT yang tidak kena. Mereka mengerjakan kereta itu daripada pagi sampai petang. Sungguhpun telah dicuba berkali kali namun keputusan tepat tidak dapat dan penyakitnya tersu berulang. 

"A continuously variable transmission (CVT) is a transmission that can change steplessly through an infinite number of effective gear ratios between maximum and minimum values. This contrasts with other mechanical transmissions that offer a fixed number of gear ratios. The flexibility of a CVT allows the input shaft to maintain a constantangular velocity over a range of output velocities."

Akhirnya tuan kedai suruh kami pergi ke pusat servis proton di Juru untuk tindakan selanjutnya.........

Esoknya 12hb Ogos Raya ke 5 , saya ke Juru, terhenti sebanyak 2 kali di atas jalan raya. Seperti biasa kena beratur dan kemudian dilayan. Kereta masuk dalam bengkel sampai tengahari dan selepas itu dia orang kata OK. Pm balik ke Sik Kedah dan kemudian setiba di Jeniang, lampu amaran CVT menyala, kereta terhenti bodoh di tepi jalan......... Pm matikan injin dan kemudian start semula, kereta terus berjalan dan  kali ini ini pm nekad nak balik KL.................

Petang itu jam 6.00, pm bertolak balik ke KL. Dari Gurun ke Juru berhenti 2 kali kerana CVT. Ketika menaiki bukit bukit di Bukit Merah, pm mula rasa resah.... Di tengah  hutan berdekatan tol Changkat Jering, kereta tersebut tersadai teruk. Tak boleh jalan laju..., pihak plus menasihatkan supaya membawa kereta itu perlahan lahan melepasi tol. Kami hubungi proton hot line....Dari Cangkat Jering kereta di tunda sehingga ke Ipoh jam 2.30 pagi....... Malam itu kena tidur di hotel dengan perbelanjaan sendiri.




Petang itu Raya ke 6 13hb Ogos , pm berlepas balik ke KL. Sungguh gembira tidak ada masalah.

Esoknya 14hb pm ke pejabat di Chow Kit...Apabila menaiki bangunan tingkat 4, tiba tiba lampu CVT menyala semula. Pm rasa betul betul sakit hati. Memang tak dapat beraya kerana kereta proton ini. Orang cakap proton bagus sangat.....Akhirnya kereta tersebut ditunda ke proton service centre di Kepong. Sehinggalah ke hari ini kereta bermalam bersiang di sana....Kata budak budak sana " kami sedang hantar report ke HQ..........."


Pm tak raya tahun ini, jangan sebut pasal open house pun......

Friday, August 16, 2013

Kereta Proton Baru

salam... sudah seminggu tanpa entry. Hari ini pm gunakan hanphone sahaja kerana tidak sempat menghadap computer. Ada cita sikit

Malam raya pm naik kereta baru ke Beris Jaya Sik Kedah. Proton saga flx telah menyuntik semangat baru. Esoknya sampai dengan selamat.

Raya ke dua pm pergi ke Gurun dan dalam perjalanan balik kereta tu berhenti dengan tiba tiba di traffic light. Pelik...selama ini pakai iswara buruk pun tak pernah demam. Lampu cvt menyala: gear kaku ..... Setelah injin dimatikan dan dihidupn semula barulah lampu amaran padam. Selang beberapa km kereta berjalan; kereta kaku lagi. Lagi sekali pm ulang cara yang sama sehinggalah sampai ke rumah. Kereta tu baru je keluar dari kedai 3 hari sebelum raya.......bersambung esok....jeng jeng jeng....

Wednesday, August 7, 2013

DASAR PEMALAS

Salam................

Hari Raya mengajak kita berfikiran seperti budak budak kembali. Ada ingat nak main mercun dan meriam walaupun dilarang larang. Ada ingat nak berhenti kerja dan selepas raya cari kerja lain pulak...



Situasi kekurangan pekerja adalah lumrah buat pm terutama pada waktu hari raya. Di saat kita meluluskan cuti cuti pekerja yang layak, ada pula pekerja lain mengambil mc atau tidak hadir pada hari raya. Dia yang dahulunya berjanji akan bekerja pada hari raya kini mungkir janji. Akhirnya sesiapa yang tinggal terpaksa berumah dan bermalam di tempat kerja. 

Seingat pm waktu masa masuk kerja dulu, bukanlah main kata manisnya. Semuanya boleh..... Kini yang boleh jadi tidak boleh. Kini katanya company ini tidak bagus setelah bertahun "cari makan" di sini. Jika kalian semua bercerita tentang Islam dan kesyukuran, mereka bukanlah orangnya yang layak menerima mertabat itu. Mungkin mereka akan berubah di masa akan datang, tapi entahlah......

Bagi pm orang yang suka ponteng memonteng ini eloklah dicantas sahaja. Jangan disimpan lantaran simpati kerana mereka bukan membantu kitapun. Orang yang kerja kerajaan dan pejabat mungkin agak senang bercuti tapi bahagian operasi kena bertugas 24 jam. Jalan yang baik adalah berhenti kerja semata mata nak beraya... Kalau suami orang buat perangai begini, maka mati tak makanlah anak bininya...


Monday, August 5, 2013

Sungguh Kasihan Diriku

Salam,

Ketika lagu musafir di aidilfitri berkumandang, langit mula kelihatan gelap. Entahkan tertawa mendengar suara katak, entahkan bersedih bersama angin yang berlalu. Ternyata RAYA MOOD makin menyerlah..



Sehingga ke hari ini pm masih belum membeli baju melayu. Bukan tak ada duit dan bukan tidak ada orang yang mahu membelikan. Tetapi raya ini bagaikan tidak bermakna kerana masih tidak ada kegembiraannya. Raya tahun ini mengajak pm mengawal makanan. Tidak boleh makan lemang dan benda berpulut. tidak boleh minum manis manis, tidak boleh minum air berkabonet, mengurangkan makan sambal kacang, nasi impit , ketupat. Hanyalah ada satu prinsip......gasak dulu kemudian baru cerita makan ubat......



Pertemuan blogger yang pm hadiri dulu menyaksikan pm banyak berpantang, selepas itu pm pula terkena penyakit batu karang. Alhamdulillah sudah pulih tapi masih perlu berhati hati. Desakan perasaan mengajak pm makan mee goreng atau juga cempedak goreng, belum lagi kangkong dan pucuk paku. Manalah larat nak makan bubur sepanjang hayat. Ternyata badan terasa kurus, makan tidak berselera kalau tidak melanggar pantang......................


Beraya di utara menyebabkan pm berdepan dengan lemang dan ketupat palas. Nasi impit susah nak jumpa. Kueh kueh manis berbagai rupa menyebabkan rasa muak tidak menentu ..... Oh sedihnya...........Jadinya apakah yang menggembirakan hati ? Rasa nak beli KFC aja.....


Sunday, August 4, 2013

Tangisan Di Tanah Kuburan

Salam.....

Cuti raya telahpun bermula..... Ada yang sudah bertolak balik ke kampung dan ada juga orang masih membilang hari. Hari Raya nan sehari dua itu begitu meriah persiapannya. Kali ini kita bakal mendengar lagi pusara di lebuh raya. Sana sini ada kemalangan, bukan hanya melibatkan bangsa melayu tetapi juga bangsa bangsa lain kerana cuti raya adalah cuti untuk semua.

Seperti biasa di hari raya pertama banyak orang pergi menziarah kuburan. Rata rata kalau ditanya, "pagi pagi pergi melawat kubur dulu" kata mereka. Entah apa nak dibuat di sana. Mungkin masa itulah kesempatannya untuk melawat kubur sana saudara di sana, duduk duduk di tepi kubur ramai ramai sambil membaca surah yassin dan doa, sambil mencabut rumput sehelai dua. Nyatalah sudah lama tidak melihat tanah kuburan. Inilah adalah satu budaya tidak termasuklah bergambar dan menangis di tepi kuburan macam dalam filem...

gambar hiasan

Jika kita menegah atau cakap macam macam, nanti tidak pula orang mahu melawat kubur ibubpa dan saudara maranya. Salah seorang dari pekerja pm pernah meminta kebenaran untuk keluar sebentar melawat kubur ayahnya di pagi raya. Pm tanya " kau nak buat apa di sana" . " Saya nak tuang air mineral 2 botol di sana " katanya. " Kenapa kau nak buta begitu" saya terus bertanya. " Saya tenguk banyak orang tuang air di tanah kubur " katanya lagi.......

Hari ini dia telah menjadi orang lebih cerdik. Dia telah mula menghapal alquran dan berulang alik ke masjid. Dia tidak lagi menuang nuang air di tanah kuburan di hari raya. Jasad di sana tidak memerlukan air lagi. Ibu bapanya tidak menantinya di tepi nensan di setiap hari raya. Yang ada hanyalah jasad yang telah hancur dan batu nensan yang menjadi tanda kenangan. Yang ada hanyalah hiasan yang cantik cantik mengikut kemampuan ahli keluarga. Tapi mereka sebenarnya berada di hati kita dengan perpisahan alam yang sementara. 

Bacalah ayat ayat suci walaupun dimana anda berada, bacalah doa walaupun anda berada di hujung dunia. Perhubungan ibubapa dan anak tidak pernah putusnya....

p/s... sungguh kasihan mereka yang tidak berilmu, mengupah orang mendoakan ibubapanya. Tahlil menjadi perniagaan yang menguntungkan. Satu malam RM 10/-... 30 malam RM 300/-......Sekali upah baca tahlil RM 50/-....Takkan salam tangan dengan imam tangan anda kosong je ?

Saturday, August 3, 2013

GILA BINI ORANG

Salam,

Kawanku seorang lelaki bujang. Kelewatan jodohnya hanya kerana dia terlalu leka di zaman mudanya. Zaman mudanya membawanya ke setiap lorong hitam dan putih, mendaki setiap bukit dan puncak gunung dan akhirnya tersedar bahawa ada sesuatu yang kekurangan.

Suatu hari kutemuinya berpayung dengan seorang janda muda di tepi jalan. Aku tersenyum kerana memang tidak disangka sangka bahawa janda yang selama ini menggegarkan tempat kerjaku itu telah tersangkut hati padanya. Gegarannya amat terasa pabila dia berbaju kebaya moden menonjolkan benda benda yang patut patut dan tak patut. Kemampuan orang lelaki hanyalah menelan air lior sambil mencuri pandang. 

gambar hiasan

Perhubungan itu akhirnya sampai ke pintu gerbang perkahwinan setelah bersusah payah menpuh segala dugaaan yang datang. Hasil dari persetujuan abang lelaki janda itu, merekapun bernikah.................Pada suatu hari dia datang berjumpa aku menceritakan sesuatu........." isterinya keluar rumah dan tak pulang pulang".....Hairan sungguh, baru sahaja kahwin dah ada problem. Hari hari seterusnya juga begitu menyebabkan kami menasihatkannya supaya mengadu ke pejabat kadi....

Tidak beberapa lama, isterinya pulang tapi kelakuannya sudah berlainan. Tidurpun sudah membahagi belakang. Payah betul ni.............



Akhirnya terbungkarlah rahsia apabila mengetahui bahawa isterinya itu tersangkut kepada seorang pak aji. Kalau nak dibeza bezakan kawan aku ni lagi hensem dan muda dari pak aji ni. Entah apalah pak aji ni ada, entah apakah benda yang dimiliki oleh pak aji ini sehingga isteri kawan aku berubah hati. Nak katakan kawan aku ini bukan lelaki, pembohonglah....Kegilaan isterinya sangat jelas, sehingga membawa pulang seluar dalam dan sejadah pak aji itu di dalam beg. Hari hari kemudiannya isterinya hilang lagi..........



Tidak beberapa lama kemudian timbullah perkataan TEBUS TALAK.... dan selepas itu tutut Fasah. Kemudian datang pula cerita kononnya kawan aku ini ada pukul bini. Berbagai bagai caralah isterinya hendak melepaskan diri juteru kerna pak aji itu. Akhirnya dengan usaha nafsu itu , lepaslah isterinya tetapi entah kahwin atau tidak dengan pak aji itu tidaklah diketahui.

Kawan aku ini membujang lagi dan kemudian bertemu jodoh dengan seorang gadis pahang. Sekarang dah bahagia dan ada 2 orang anak.

Cerita seperti ini sudah banyak kita dengar. Bukanlah senang untuk menjadi seorang isteri yang baik andainya tidak cukup pendidikan agama. Bukan juga senang menutup mata pandangan jika nafsu melebihi akal. Arwah bapak mertua aku pernah berkata" anak darakan banyak, kenapa digilai bini orang "

Sebenarnya melihat bini orang itu memang seronok, mencinta suami orang juga seronok. Benda yang berlawannan itu banyak sungguh nikmatnya. Waktu itu janganlah hendak ditanya soal hukum hakam. Lagi tua lagilah banyak akalnya.........Ada orang tersangkut kerana budi, ada yang tersangkut kerana suka suka, ada yang tersangkut kerana kasihan. Biar apapun janganlah cakap besar, jangan mencebik mulut mengata orang, jangan sebut apa apa sebab hari itu hari orang, hari kita entah bagaimana nasibnya.......


Thursday, August 1, 2013

Kakak Payu Dara Besar

Salam......,

Kakak tu aku jumpa hampir setiap malam. Pakaiannya tetap mengikut fesyen Saripah Aini waktu muda. Seperti juga Kajol dalam filem Bollywood bajunya membelah bahagian dada dan menonjolkan aset orang perempuan. Kegelapan malam dalam cahaya yang samar samar telah membutakan mata Sang Lelaki. Lelaki tetap memerhatikan kakak itu iaitu seorang perempuan tua yang didewasakan di lorong hitam. 


Aku dengar kakak tu ada anak, ada rumah besar tapi kenapa dia tidak duduk di rumah sahaja ? " Kakak tidak boleh tidur malam " katanya. " Habis tu kakak macam mana" tanyaku padanya. " Beginilah" katanya. Dia terus mengheret kakinya di sepanjang Bukit Bintang, merintasi jalan besar dan lorong mencari pelanggan. Telah tidak kelihatan pelanggan muda kecuali kepada mereka yang sesak sesak. Yang selebihnya adalah orang tua, itupun bukan untuk apa. Hanyalah kerjanya menemani orang minum minum di Bar. 

Malam bulan puasa, malam hari raya tetap sama baginya. Perjalanannya telah jauh dan sukar untuk kembali serta entah dimana penghujungnya. Bukan dia seorang sana, malahan ramai lagi. Ada juga aku dengar telah kembali menjadi manusia setelah bernikah dengan seorang lelaki Indonesia. Aku sendiri melihat kain telekong bergantung di ampaian. Cuma kasihan ibunya kerana tidak ketahuan projek anaknya selama ini.

Di dalam hidup ini juga kita tidak boleh menghitung syurga dan neraka orang. Siapakah kita......

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...