Ketika lagu musafir di aidilfitri berkumandang, langit mula kelihatan gelap. Entahkan tertawa mendengar suara katak, entahkan bersedih bersama angin yang berlalu. Ternyata RAYA MOOD makin menyerlah..
Sehingga ke hari ini pm masih belum membeli baju melayu. Bukan tak ada duit dan bukan tidak ada orang yang mahu membelikan. Tetapi raya ini bagaikan tidak bermakna kerana masih tidak ada kegembiraannya. Raya tahun ini mengajak pm mengawal makanan. Tidak boleh makan lemang dan benda berpulut. tidak boleh minum manis manis, tidak boleh minum air berkabonet, mengurangkan makan sambal kacang, nasi impit , ketupat. Hanyalah ada satu prinsip......gasak dulu kemudian baru cerita makan ubat......
Pertemuan blogger yang pm hadiri dulu menyaksikan pm banyak berpantang, selepas itu pm pula terkena penyakit batu karang. Alhamdulillah sudah pulih tapi masih perlu berhati hati. Desakan perasaan mengajak pm makan mee goreng atau juga cempedak goreng, belum lagi kangkong dan pucuk paku. Manalah larat nak makan bubur sepanjang hayat. Ternyata badan terasa kurus, makan tidak berselera kalau tidak melanggar pantang......................
Beraya di utara menyebabkan pm berdepan dengan lemang dan ketupat palas. Nasi impit susah nak jumpa. Kueh kueh manis berbagai rupa menyebabkan rasa muak tidak menentu ..... Oh sedihnya...........Jadinya apakah yang menggembirakan hati ? Rasa nak beli KFC aja.....
7 comments:
sabarlah yer.. sesungguhnya penyakit itu adalah ujian dan penghapus dosa2 kecil yg lalu.
moga tuan segera sembuh drp penyakit batu karang. Ameen
terima kasih
Salam Ramadhan PM
moga Allah permudahkan dan cepat sembuh
Salam Ramadhan PM
moga Allah permudahkan dan cepat sembuh
Saya selalu simpati pada orang yang ada penyakit dan terpaksa berpantang makan. Nafsu makan tu seksa juga nak kawal. Apa nak buat. Ramai pula yang tewas pastu merana badan.
Apapaun berpada pada la, asal tidak mudarat.
Nak mai gathering lagi tak? Hehehe
Tiada kata secantik bahasa,
Tiada kad seindah Kad Raya,
Andai ada tersalah tingkah dan kata,
Marilah bersama bermaafan sesama kita.
SELAMAT HARI RAYA,
Maaf Zahir Batin.
Ikhlas penuh kasih, Azie
Tidak terlambat saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri
Jangan mengeluh kalau dapat penyakit.sakit tu kan tuhan yg bagi.setiap penyakit yg tuhan bagi dia ada kembar kan dgn ubatnya cuma kita yg tak jumpa sedang kan rumput tepi parit pun boleh buat ubat
Post a Comment