Saturday, October 11, 2014

Jalan Jalan Berduri

Salam,


Apa terjadi bila umur anda meningkat setengah abad ? Sudah banyakkah harta yang dikumpul. Sudah banyak bekalan akhirat, sudah selesaikah urusan dunia..............?

Kekadang kadang hati masih berbisik setelah memandang ke cermin muka " aku masih muda". Apatah lagi berpakaian lengkap bersongkok berbaju melayu atau memakai sut hitam bertali leher. Sampai umur 62 tahun pun rasanya masih gagah.

Tambah gembira juga ada diantara kawan kawan kita yang berkhidmat dengan kerajaan dan mendapat imbuhan bonos setiap tahun dengan berbagai elaun serta dijanjikan pencen iaitu duit yang tak kan putus sehingga ke hujung nyawa. Kawan kawan kita yang merangkak dalam swasta atau bekerja sendiri ini bagaimana pula ? Adakah belanjawan 2015 ini akan menggembirakan mereka seperti kata kata penjawat awam di dalam TV semalam" terimakasih pm". Dengan nada gembira kerana DAPAT MENAMBAH hutang sehingga ke 100 ribu.

Mungkin agaknya kawan aku yang berniaga bahulu akan tersenyum kerana tepong tak kena GST tapi dia tetap berdepan dengan minyak petrol yang tidak dapat diganti dengan minyak gas atau minyak kelapa.


Bagaimana dengan rumah mampu milik ? Susah nak cakap... Ada ke lagi rumah harga 50 ribu ? Lelong lelong pun nak sampai 150 ribu. Sejak cerita mampu milik ini, masih banyak kaum keluarga kita hidup menyewa. Suka tak suka kena sewa sebab bank tak layan orang swasta ni... tak ada jaminan pencen macam orang kerajaaan. Anak saudara aku beli beli rumah 200 ribu kat rawang, hanyalah dia bernasib baik sebab bininya cekeegu sekolah. Dalam erti kata lain" pandailah dia mengunakan kemudahan"

Oleh yang demikian jangan kutuk kerajaan, jangan jadi pembangkang tapi bekerjalah dengan keraaan, semua anak anak pun masuk kerja kerajaan, minta kawan kawan dalam kerajaan tolong...Anda akan menikmati segalanya. Tak perlu lagi ada prinsip hidup tak mahu disuap untuk makan kerana segala kebahagiaan telah terbukti..........

Hari ini aku dengan kekawan aku yang bekerja swasta dan sendiri ini sedang bermenung, kami kena berhempas pulas untuk hidup untuk segala galanya sambil meniti usia semakin senja ini.....Dimata kami ada pemimpin yang gila kuasa semakin kaya hasil dari rempuhan gas pemedih mata anak bangsa. Ada pemimpin yang memperbodohkan kita dengan ceritanya sehingga kita terasa berada di dalam syorga. Kenyataannya neraka tetaplah neraka.

No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...