Tuesday, February 10, 2015

Cerita Yang Telah Basi

Salam,

Bukan sahaja beberapa hari sudah malahan beberapa bulan yang lalu, ruangan group tersebut telah membicarakan soal membawa anak kecil pada ketika menunaikan haji atau umrah. Berbagai pendapat dapat kita lihat dari beberapa sudut. Ada yang sangat menyokong tujuan tersebut sambil menceritakan pengalaman masing masing dan tidak kurang juga mempertikaikan termasuk juga menyebut hukum hakamnya sekali.

Akhirnya cerita beralih kepada masjid dimana terdapat kanak kanak membuat bising, berlari lari kesana sini dan ada yang memanjat belakang ibu bapa ketika ibubapa sedang solat. Berat betul cerita ini ......


Mungkin tuan tuan dan puan puan banyak melihat ibubapa membawa anak anak mereka pergi ke konsert konsert dan ke komplek besar untuk membeli belah. Ada problem tak ?, ada orang kata apa apa tak ? Masa tu tak boleh kata apa apa, sebab nampak lebih kepada tujuan keduniaan. Tapi yang ini tujuan ibadah, nak beribadah tak boleh kena ganggu, tak boleh membiarkan anak anak kita ganggu orang lain. Bila budak menangis, bacaan kita akan tersasar ke lain dan jadi kacau bilau, hilang kusyuk dan sebagainya hilang sehinggalah hilanglah rasa sabar ? Begitu rupanya corak ibadah ya ....?


Mari kita tanya orang orang yang telah dan pernah berada di kota suci itu, apakah pendapat mereka sebenarnya. Apakah  mereka akan menghalau semua kanak kanak yang berada di dalam kota mekah itu keluar dari kota sewaktu musim haji dan umrah ? Tentu sekali tidak, malahan seekor kucing pun tidak dihalau keluar dari masjidilharam......

Terus terang saya kata pabila berada dikota Mekah itu, hati akan menjadi seputih putih hati yang tidak ada lagi busuknya bahkan benda benda busuk akan dibuang jauh jauh dari ingatan. Hilang segala perasaan pentingkan diri sendiri serta syak wasangka dendam dan marah......kecuali jika mereka itu sebenar benarnya sudah kehilangan pertunjuk dari Allah.

Pengalaman saya menemui kanak kanak kecil yang membawakan buah kurma untuk saya ketika di Madinah sungguh bermakna. Bahkan ada yang berpusing pusing di sekeliling saya ketika berada di Mekah menjadi penyeri kepada tanah suci itu. Ibadah itu bukanlah hanya ada pada solat dan zikir malahan berada dalam semua perkara termasuk soal siratulrahim dan kasih sayang.....

Jika kita mampu bawalah semua seisi keluarga kita bahkan jika boleh separuh dari isi kapalterbang itu adalah ahli keluarga kita. Jika kita mampu , apa lagi mahu ditunggu tunggu. Apakah yang sebanarnya dinamakan kusyuk dan tawadu' ?

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Setuju - Kalau kita boleh bawa anak-anak kita jenjalan makan angin mengapa dlm beribadah hanya kita saja yg mahu meraihnya? Nak dpt anak soleh/solehah tapi didikan tak dibuat. Kakak bawa anak kakak umrah ketika anak bongsu kakak belum baligh lagi (sekarang pun dia masih belum baligh lagi) tapi alhamdulillah kalau kita asuh dan didik dari sini sampai sana dia pun tahu yg mana boleh buat dan tak boleh buat.

Hari ini keluarga kakak suami kakak pun pergi umrah membawa anak yg belum baligh juga. Doakan moga semuanya berjalan lancar.

perjalanan pulang said...

semuga Allah memberkati usaha anda semua. Marilah kita nasihatkan keluarga kita agar pergi bersama sama

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...