Malam itu semua orang sibuk, maklumlah nak buat kenduri kahwin. Kenduri main pakat pakat dan tidak melibatkan katerng. maksudnya cincang sama sama dan makan sama sama. Zaman ni, kerja mcam tu dah payah dah. Kalau nak diikutkan siapa nak susahkan diri, adik beradik yang ada pun bukan kuat seperti dahulu. Semua dah dekat pencen, anak anak pulak sibuk mengasuh baby. Jadi untuk menyedapkan cerita, siapa yang nak tolong datanglah....Pm panggil orang kawasan dekat rumah di Taman Kasturi Bukit Beruntong tolong projek pm tu.
Biras dan kakak ipar dari kampung datang awal awal iaitu hari rabu minggu lepas. Merekalah jadi tulang belakang projek. Ialah nak membeli beli barang buat kenduri pun misti ada penasihat. Di samping itu buatlah projek membetulkan rumah.
Pengantin pun touh up inai yang hampir hilang, manakala budak budak bermain main di luar rumah. Pm pula mengambil kesempatan menbuta di atas kusyen......
Tiba tiba pm dikejutkan dengan suara bising yang agak kelamm kabut. Heran juga melihat semua orang lari masuk ke rumah. Barang barang ditinggalkan begitu sahaja termasuklah sebesan besar ikan kembong yang telah dicuci. " masuk masuk, ada beruk terlepas " kata mereka. Pm pun sama sama lari masuk ke rumah kerana terkejut beruk juga, tak nampak pun beruk pada masa itu.
Untuk memuaskan hati pm jenguk ke sebelah rumah dan ternampaklah seekor bapak berukberjalan menuju ke rumah pm. Berani beruk ini dan tidak takut orang pun. Pasukan peronda rukun tetangga tiba ke rumah pm memberitahu bahawa beruk ini telah menggigit beberapa orang sebelum ini. Di dalam hal ini mereka juga tidak berani mendekati beruk itu. Menurutnya lagi polis dan JPAM telah dimaklumkan. Seorang pertugas pm dapati dengan berani mengejar beruk itu sehingga ke belakang rumah. Kemudian desas desus mengatakan bahawa pertugas itu juga telah digigit beruk sehingga luka di tangan kana dan kiri.......
Malam itu keadaan memang tidak menyenangkan kerana beruk tersebut round satu taman, entah rumah siapa kena panjat, entah siapa lagi akan kena gigit. Esoknya dengar beruk tu dah kena tangkap. Dalam gitu gitu pm terasa lucu juga sebab pm lari laju macam diaorang jugak manakala pengantin pun tak cukup tapak kaki berlari sehingga tercampak inai dijarinya...
Peristiwa beruk masuk taman ini menjadi buah mulut penduduk setempat dan bermacam macam cerita di dengari. tuan beruk pun enatah siapa dan tidak berani mengaku....Yang kesiannya orang yang kena gigit, kena duduk dalam hospital........
No comments:
Post a Comment