Tuesday, July 28, 2015

Kubur Yang Hilang

Salam....

Selamat menyambut hari raya aidilfitri....apa khabar ? Dah lama tak ada entry....kurang idea nampaknya. Kemana tuan tuan beraya tahun ini ?.....

Tahun ini pm beraya di utara tanah air. Bertolak dari rumah di BBpada jam 12.30 malam(pagi) iaitu malam hari raya. Kali ini pm beraya hanya bawak hati dan tidaklah semeriah tahun tahun yang lalu. Tahun ini buged kecik, kamera tak bawak bersama, tukar wang kecil di bank pun tidak, banyak bertawakkal sajalah. Apa tidaknya, tayar kereta dah botak di belakang sebelah kiri. Segalanya ngam ngam......

Pm tak berhajat nak pakai baju melayu lengkap raya ni, memadailah jubah sebabnya raya tahun ni jatuh hari jumaat.  Nak kemanalah beraya dengan 2 kali ulang ke masjid dan tidak termasuk mata berat kerana memandu sepanjang malam dari Selangor ke Gurun, Sik kedah........Syukur alhamdulillah, pagi raya baru terperasan lupa bawa butang baju melayu dan juga kerana anak pm telah menggosok seluar pm dengan iron yang panas. Apalagi...berbekaslah seluar itu....he he.. Akhirnya pm pakai baju melayu tanpa butang, bersongkok dan kain pelekat.....Cuma tengahari tu agak ok sikit pakai jubah warna coklat.....

Dari pagi sampai tengahari mengantuk sahaja ketika khutbah...pak imam pulak ekpress saja..tau tau dah angkat takbir. Tidak termasuk suaranya tidak jelas kedengaran. Akhirnya hari raya pertama berlalu begitu sahaja.."no" terdengar takbir, "no" TV, "no" gambar raya....Hari jumaat pulak, kedah cuti raya, kedai cuti, mamak cuti, kedai cina cuti....betul betul bukak adalah station minyak Maka makanlah lemang, ketupat yang berisi beras pulut, bihun sup, laksa..........sabo jelah


Raya ke dua di rumah projek nasi ayam...Orang KL masih makan ketupat lemang lagi tapi di sini dah makan nasi berat berat. Ramailah kaum kerabat datang, bergambar sakan sehingga malam. Esoknyanya projek ke Balik Pulau di Pulau Pinang....ada makan makan di sana. Orang sana masak satay 1000/ cucuk...Ishhh pm makan hanya dua cucuk je...lain tu pm cari kedai mamak pekena nasi kandar dengan ayam madu....


Esoknya projek tempat lama di pendang kedah, anak sulung nak cari batu lesong. Hajat pm nak melihat kubur pak mertua yang tak pernah tenguk semenjak emak mertua pindah ke Sik...Sampai di sana masjid air putih masih cantik..


Cuma yang pelik, kubur dicari tak berjumpa ? Dah puas round dan baca setiap batu nensan tak jumpa jugak. Pelik sungguh, dalam anggaran 3 tahun dah hilang ?....pm tenguk banyak tanda tanah merah dan beranggapan kubur telah berlapis lagipun di kedah dilarang membena apa apa di atas kubur.......so nasiblah....

Apa apa pun bukan kerugian kepada kita, cuma anak cuculah kesian kerana tak jumpa apa apa pun sebagai kenangan. Wallahualam..

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

Salam Aidilfitri Pak Din... Maaf Zahir Dan Batin...

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...