Followers

Wednesday, March 16, 2011

Perjalanan Di senja

Salam...........Semalam petang terasa lapar, singgahlah di kedai makan. Minum air kosong je manakala anak kita pekena milo ais. Petang tu nak balik kampung ambil ayah untuk tinggal seminggu dirumah sebab sekarang musim cuti budak sekolah

Sampai di kampung pukul 10.30, tak ada apa yang nampak, cuma gelap gelita.... kalau ada pun lelmbu lembu tidur tepi jalan yang nasiblah kalau langgar dia.............

Hari ini cucu cucu sibuk jaga atuk, tanya tanya atok nak makan apa. Yang paling peliknya dia orang nak bagi atok makan roti perata waktu tengah hari ni...Jam dah pukul 11.30 pagi.. atuk belum mandi lagi, cucu cucu ingat atuk tu macam dia orang bila sahaja hujan lambatlah mandi. Sekali imbas teringat iklan TV bila anak anak cakap " jangan lupa pakai pampers tau " Perjalanan menyaksikan tentang kasih anak, kasih dan pengorbanan dan bertanya diamanakah keikhlasan