Followers

Tuesday, July 26, 2011

Cinta Gersang

Salam............... Hari ini cerita lain pulak..... kisah tok empat muda di Hulu Selangor. Semenjak dari sekolah rendah aku dihantar mengaji di rumah tok empat. Belajar dengan emakbapak sendiri memang slow sangat. Dari alif , ba, ta kena mengeja sampailah ke Alfatihah dan 4 Qul dan seterusnya. Siksa sangat dan tal macam budak budak sekarang mengggunakan sistem Iqraq. 

Datok empat ini mengajar mengaji sahaja sehinggalah disatu hari aku dan anak tok empat diserang oleh sekumpulan pemuda di Batang Kali. Puncanya adalah anak datok empat ini sudah mengorat kekasih orang. Kalaulah budak perempuan itu tidak melayan, pastilah tak jadi semua ini. Anak tok empat ini kena tumbuk dibibirnya sehingga berdarah. Berita kejadian itu sampailah ke telinga datok empat itu menyebabkan kami berdua dipanggil mengadap. Waktu itu barulah datok empat mahu mengajar ilmunya kepada kami yang bengap ini. Berbalik kepada pemuda yang memukul itu rupa rupanya adalah dari kumpulan silat yang sama tetapi berlainan tempat dan guru. Akhirnya berdamailah kami semua setelah kena penumbuk sekali. Beberapa tahun kemudian ketikanya aku bekerja di Bukit Bintang, aku telah terjumpa budak perempuan itu sekali lagi. Kali ini dia sedang bercinta dengan seorang pemuda lain dan membuat pertemuan di dalam tempat permainan bowling. Jadinya , anak tok empat dan juga pemuda yang memukul anak tok empat itu sama samalah  tidak dapat budak perempuan itu. Anak datok empat setelah habis sekolah  bekerja sebagai askar dan kemudian berkahwin. Isterinya dengar kabarnya boleh menjadi mak andam dan bidan dan seterusnya menjadi tukang mandi mayat wanita. Setelah berhenti askar anak datok empat itu pulang ke kampung dan berkhidmat di masjid. Kini dia jadi tok empat muda di sana manakala aku pula masih terapung terapung di tempat orang

Apa yang aku sebutkan disini dan sebelum ini bukannya hendak menunjuk nunjuk pandai tetapi kehidupan waktu lalu memang begitu. Pemuda mudanya pada waktu bukan sahaja mengaji quran tapi juga belajar ilmu ilmu orang melayu, tidak kurang juga mendalami ilmu agama. Tidak seperti anak anak muda sekarang, hanya menang pada soraknya tapi isinya kosong, berani ketika beramai ramai, menikam dari belakang, menjual bangsa dan ugama dan akhir sekali mengkhianati keluarga sendiri.  Tapi tok sah gaduh pasal perempuan , malu oiii...bunga bukan sekuntum.....langau bukan seekor............


gambar hiasan

No comments: