Wednesday, July 27, 2011

Kentot Si Pemalu

Salam............suatu ketika di sebuah rumah, ketika semua ahli keluarga berkumpul bersembang panjang. Salah seorang dari anak dara yang duduk telah terkentut dengan kuatnya. Amat luar biasa sekali kerana kebiasaanya anak dara amat kemalu- maluan sekali. Dia kelihatan berasa amat malu kepada para tetamu dan kemudian pergi ke bilik air mencuci sesuatu dan masuk semula  ke dalam kumpulan itu lagi.

Begitulah orang melayu yang dilahirkan dalam sifat malu walaupun kepada perkara perkara yang baik. Pernah disuatu ketika aku disuruh oleh ibuku ke pasar membeli ikan dan waktu itu aku berasa malu membawa ikan yang berbau itu pulang ke rumah. Pada hari ini terdapat mereka mereka yang termengandung manakala bapa kepada bayi itu malu membuat pengakuan bahawa bayi yang dikandung adalah anaknya. Jelasnya malu ini bakal merobek robek maruah manusia sehingga manusia tidak berdaya menahan kemaluan itu.

Pada hari ini juga banyak orang malu mengaku bodoh dan cuba membuat kerja memandai mandai. Kebodohan mereka amat jelas dilihat setelah diperlihatkan kerja pandai mereka yang bodoh itu. Jika ada suasana malu yang baik  seperti waktu dahulu maka negara ini tidak perlu kepada lampu isyarat, tidak perlu kepada Polis dan JPJ kerana semua orang akan mengikut peraturan dan sopan. Rasa malu sudah cukup mendidik orang berugama tapi awas jangan terlalu tersipu sipu......................

gambar hiasan

3 comments:

Qaseh Dalia said...

jangan buat pandai kalau tak tahu hehe

perjalanan pulang said...

macam tu lah

gadisBunga™ said...

kalau betul2 sampai keluar api mcm tu, agaknya dia terus tak nampak muka dah kot. hihi~

*saya masih pemalu walau org lain yg sebaya saya dah kurang malunya...

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...