Followers

Wednesday, September 28, 2011

Bila Izrahil Datang Menyapa

Salam........  Usia Menjelang Senja menyapa lagi, kali ini satu kisah biasa untuk orang orang seperti kita.Orang yang pernah menempuh zaman mudanya yang begitu gagah perkasa dana akhirnya tersungkur dibumi tuhan. Masih kuingat beberapa hari yang lalu dimana aku tidak dapat meneruskan 2 hari lagi puasa 6 dibulan syawal hanya semata mata menyambut hari terbuka. Biasalah,takkan kita berpuasa menyambut tetamu yang datang. Jadinya pada hari itu kita makan seperti mereka bahkan mungkin berlebih lebihan lagi kerana kita adalah tuan rumah. Rumah terbuka bukanlah sehari tetapi dua hari dan tak kanlah orang yang datang menziarah tidak diperdulikan.

Dua hari selepas itu,masih tidak berpuasa juga kerana menerima kunjungan kawan kawan dari PDRM dan DBKL di hotel tempat bekerja. Almaklum sajalah kita ini orang tengah, kot mana pergipun kenalah manis mulut segalanya. Pada hari itu setelah beberapa kawan kawan pulang dari tempat makan, aku mula berasa tidak kena kepada bahagian pinggangku.Sejuk seperti air batu dan semakin lama merebak ke urat belikat. Akupun mengambil keputusan untuk pergi ke klinik berdekatan. Sampai diklinik,doktor pula tidak ada kerana beliau keluar makan dan aku terpaksa menunggu selama setengah jam.



Apabila doktor pulang aku pula terpaksa menunggu giliran untuk berjumpa doktor sedangkan pada ketika itu aku sangat resah kerana seluruh sendi merasa sengal dan sakit. Pemeriksaan doktor terhadapku kemudian dijalankan tetapi tidak menemui apa apa jawapan kecuali sakit angin. Akhirnya aku pulang ke tempat bekerja dalam keadaan badan melayang layang. Sampai ditempat kerja tiba tiba aku merasa hendak buang air besar dan terus meluru ke bilikair. Peluh sejuk menitik dan muka kaki dan tangan mulai kebas sedangkan keadaan membuang air itu tidak berasa puas.Dada tiba tiba sakit macam diperah perah Aku mengambil keputusan keluar dari bilik air dan berbaring di dalam surau. Ternyata keadaan begitu tidak menyelesakan kerana seluruh badan mula menyengat.

Setengah jam kemudian aku bangkit memasuki lift untuk berehat di kereta. Sebaik sahaja keluar dari pintu lift,aku pun terus muntah dengan banyaknya dan akhirnya tumbang di dalam di dalam kereta. Satu jam kemudian seorang teman yang kebetulan lalu disitu datang membantu memicit belakang tapi aku terus muntah selepas itu dan kemudian berlari ke bilik air untuk buang air besar. Aku kembali berbaring di dalam kereta dan kali aku terpaksa meminta bantuan anak anak angkat aku untuk membawa kereta dan aku pulang kerana aku tidak bermaya lagi.

Sampai dirumah aku tidak berdaya untuk makan,berehat sehingga pagi , manakala esoknya aku masih terlentang........

Kesimpulannnya mudah, kita manusia tidak gagah, kita manusia ada tarikh tamat tempoh, suka atau tak suka misti dilalui. Orang miskin pun sakit dan orang kaya pun sakit,sakit dengan duit banyak dan tinggal dihospital yang terkenal juga bukanya satu kebanggaan. Sakit tetap sakit kerana dalam sakit kekadang disebut orang ada sedap. Sakit adalah nikmat bagi orang yang mendapat rahmat.................



No comments: