Followers

Friday, March 16, 2012

Ponteng Jumaat

Salam Jumaat.......Baru sebentar solat Jumaat berlalu, masih lagi terdapat ahli ahli masjid lepak lepak di kaki tangga. Entah apa yang mereka bincangkan,  entah kisah apa yang diceritakan. Hari ini pm pergi ke Bukit Bintang, sudah lama sangat tidak ke sana., maklumlah sibuk dengan urusan kerja. Jam 12.30,  pm bertolak dari BB ke Chowkit menaiki Monorel dan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Ramai betul orang hari ini sepertinya ada pesta tahunan.

Jam 12.45, dari Chowkit ,menaiki kereta untuk solat Jumaat di Kepong dan kami melalui jalan berhadapan PWTC untuk ke Jalan Kucing. Pelik sangat melihat jalan raya , melekat tidak tentu hala dan bagaikan tidak akan sampai ke Kepong. Rupanya di sana ada Pesta Pelancongan. Banyaklah orang berbilang bangsa berbagai rupa meraikan PWTC. Yang paling bagus banyak juga orang melayu. Mungkin sekarang orang kita sudah banyak yang kaya dan sangat sibuk untuk melancong ke luar negara. Jam 1.00 kami masih melekat di jalan raya itu dan masa terus berlalu...orang kita masih bertarik tarikan anak beranak di sana. Di wakti keadaan cemas memburu waktu solat, orang orang kita masih berlenggang di dalam shopping complex. Ada yang memakai baju melayu dan bersongkok tetapi tidak bergegas pergi bersolat.... Walaupun pakaian baju melayu bukan menunjukkan keislaman namun peliharalah budaya orang kita bahawa berbaju melayu umtuk pergi bersolat. Majoriti orang  melayu di Malaysia adalah orang Islam mka faham fahamlah sendiri.

Akhirnya pm berjaya sampai ke Masjid kepong dalam kelajuan yang melampau..Kata orang hendak seribu daya......Kesimpulannya janganlah membuang masa untuk urusan dunia yang tidak berguna, selepas tu kalau nak lepak lama lama kat  PWTC sukahati koranglah.....tak tau lah kalau ada 40 orang buat solat jumaat kat dalam pwtc tu...manalah tau...sebab dulu ada musim umno ada orang solat kat sana

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum PM

Khalifah yg bertanggujawab dlm perkara ini

Marina Monroe said...

Salam PM,

Memang manusia sentiasa leka dan lalai..

delarocha said...

Alhamdulillah, sempat sampai ke masjid

Panglima Muda said...

kalau pergi pasar malam cam tu jugak, nak beli karipap je..

Telor Power said...

assalamualikum...
nasib baik PM sempat

Siti_btp said...

Ramai terlari -lari utk sembahyang Jumaat lepas habisnya khutbah Jumaat

Biasa dgn keadaan ini di Masjid Al Aqram Datok Keramat..
Depannya Nasi Ayam Mash yg terkenal tu..