Followers

Thursday, June 7, 2012

JIN GATAL

Salam........,

Semalam pm bersembang dengan kekawan di kantin. Dengarlah kisahnya yang tidak berapa senang hidup dalam pejabat ini. Katanya orang " buat " dia hendak bagi berhenti. Sempatlah pm tanya apakah sebabnya orang " buat ' dia begitu. Soalan pm dijawab dengan cerita lain dimana beliau menenpuh beberapa keadaan misteri dari kampung, adikberadik sampailah ke bandar ini.

Bukanlah pm hendak menidakkan cerita dia tapi pm terfikir jugak, apalah pasal banyak sangat orang nak buat dia. Kalau macam ini tentu dia tidak senang duduk, ya lah banyak sangat mambang mambang yang mendekatinya. Cerita masyarakat melayu kekadang kadang best juga dibuat buku, kalau tidak sudah tentu majalah mastika tu tak laku. Tentu adalah benda khas untuk kita mempercayainya.



Bagaimanalah pm hendak menasihat ya ? Hendak menasihat secara agama atau secara akal. Susah nak cakap. Dulu ada juga pm jumpa orang orang seperti ini, tidaklah dapat pm bercakap sebab cakap dia lebih banyak dari pm.

Bagi pm sesiapa sahaja yang suka menceritakan tentang dia telah disihir orang, cepat cepatlah bertaubat. Tok bomoh itu kekadang kadang menambah nambah story untuk semakin sedap. Bukan juga tok bomoh salah jikalau cerita itu benar tapi yang salahnya kita kerana TERBELAJAR mengenal cerita ini.

Masa kecik kecik sekolah rendah , ustaz ustazah mengajar kita nama nama nabi , malaikat, nama nama tuhan dan sifat 20, tak pulak disuruh kita menghafal nama nama panglima, orang orang halus, nama nama rimau saka dan segala macam hantu. Disuruh kita belajar mandi hadas dan bukan mandi bunga, disuruh kita solat dan bukan mengangkong bawah pokok mencari nombor, disuruh kita berzikir mengingati Allah dan bukan duduk mengenang ngenang kekasih hati pujaan kalbu. Untuk menyembelih binatang ada syaratnya, bukan pulak untuk menyemah tanah kampung halaman. Jadi benda benda pelik seperti ini menjadi adat turun menurun susur galur yang menambah remuk redam tok nenek yang telah meninggal dunia. Andainya ada mayat yang boleh bangkit balik ke rumah , sudah tentu korang kena sound kaw kaw.....


Jadi macam mana hendak buat, perbuatan sihir itu memangnya wujud dan kita terus terbawa bawa dengan kisah itu sehingga ke 7 keturunan tak habis. Masyarakat harus mengubanhnya menjadi cerita yang baik baik agar masyarakat akan lebih bertamaddun.

Baliklah ke rumah dan buka semula buku perukunan, buka semula kitab kita yang nipis, belek beleklah dalam almari peninggalan orang tua, insyaallah selain dari Quran buruk kita akan jumpa juga sesuatu tulisan yang boleh memberi nasihat walaupun hanya sedikit tetapi bermakna sepanjang hayat.

نَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ – فاطر : 6
Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka”.

6 comments:

pena rozie said...

Memang betul kadang kale bomoh ni mcm ajinamoto. Penambah perisa gitu...

KhaiRin : anies said...

kalu kwn tu billionaire, x pe la jg nk dengki...kalu mcm org biasa...alahai...hati manusia yg berkarat tu...taubat2 la..

Yaya Azura aka Naz Azra said...

apa yg cikgu ustaz ustazah ajar tak amalkan..
tapi yg TERBELAJAR tu pulak sangat kental dalam diri..
pelik sungguh..

Mak Wardah said...

Salam PM. Salam Kenal

Pendpat saya sihir itu wujud tapi mesti ditangani dengan kaedah2 Islam. Jangan takut dengan sihir, percayalah kita mesti percaya Allah Maha Kuasa.

Panglima Muda said...

kepercayaan sahaja tidak mencukupi tanpa ilmu dan keyakinan dan kita yang menghadapinya mistilah telah bersedia dan ampuh. Berserah bukan juga jalan yang terbaik kerana Allah Taala menjadikan sesuatu dengan bersebab

maszull said...

assalamualaikum PM...susah kalau ada yg suka bersihir ni takut juga...yg melakukannya tu ingat2lah Allah...