Followers

Wednesday, February 20, 2013

Ilmu Pelaris

Salam,

Pm lihat seorang Bangla menabur air di sekeliling kedainya, pm pernah lihat seorang mamak berasapkan kedai dengan asap kemenyam dari atas meja sampai bawah kerusi.. Semuanya sebab nak buat pelaris, tujuannya  biar banyak orang datang membeli.... walaupun dia tak reti sangat cakap melayu.....pelanggan tetap datang berebut rebut....

Orang cakap syirik, dia apa kisah pasal syirik. Duit brim pun orang tala jugak walaupun kena menipu.....Janji hidup aku ini senang....itulah katanya..........


Tapi lebih kasihan kepada makcik makcik melayu yang mempunyai bakat membuat kueh melayu. Dia orang tidak pakai pelarispun untuk jual kueh. Pada hari ini makcik makcik melayu semakin pupus , ada ilmu buat kueh manakala jenerasi baru lebih suka membeli dari belajar. Akhirnya kita makan kueh makcik makcik indon.., kueh kueh dari india....kita tak jumpa walaupun ubi rebus sekalipun..

Merayau rayau di pasar dan lorong, susah sangat nak jumpa "goreng pisang". Entah kenapa, mungkin pisang sudah mahal harganya atau tepung tidak bermutu...Akhirnya di simpang sana jumpa indon jual goreng pisang...Beli ajalah, ambik alasan dia manusia, kitapun manusia......

Apa dah jadi kepada pasar keramat, pasar chowkit atau jalan jalan di belakang berdekatan Jalan TAR. Semua bahasa sudah  bukan lagi bahasa kita. Kalau berbahasa jawa, bukan orang jawa kita, kalau berbahasa minang, bukan juga orang minang kita...Cuma ada tanah dan tapak kita....yang telah dipunyai.....


Bagaimana pula di Kelang, Kajang dan Bangi.......Tanyalah orang sana.....Perlu pakai pelaris ke untuk berniaga.....banyak ke orang kita berniaga di sana.......

4 comments:

Amin A. R said...

peniaga asing mula memonopoli industri perniagaan tepi jalan,..orang kita? kita jadi pembeli :)
~susah betol nak cari kuih2 melayu tradisional macam dulu2.....

atuk said...

Assalamualaikum PM

masih mengemari kuih tradisional

Queenie said...

tiba-tiba fikiran saya rasa letih seletih-letihnya bila baca hakikat ini....

Anonymous said...

tu semua sbb pemerintah susah sgt nk bg bangsa melayu berniaga.punoh bangsa krn rasuah.kalu xde cable abg besar mmg dok rok cetong r.menyampah aku dgn org gni yg uruskan hal ni.mcm mintok sen mok bpok die org nk berniaga..