Followers

Thursday, April 4, 2013

Mari Mengundi.....

Salam................

PRU 13......macam best aja pm tenguk.... Setakat ini belum nampak sangat kemeriahannnya. Rasanya macam hari raya pulak bila tenguk bendera parti berkibar di sana sini. Seronoknya orang kampung, orang susah susah, orang separuh susah, orang yang kena susah pun mendapat duit yang entah dari mana terjunnya. Tau tau dapat duit wei....

Sekarang ini pulak orang berserban masuk dalam TV, orang berpengaruh seperti mereka menjadikan promosi sangat ternilai harganya. Orang mengaji pondok juga tidak ketinggalan. Di dalam TV suara mereka menjadi lantang dengan ayat Quran dan juga hadis. Pm tidak salahkan mereka, kalau mahu hidup lama atau meraih apa apa yang patut. Kitapun memang tersangat faham.......

gambo hiasan

Di tempat pm masih terlihat juga idea lama. Jalan bertampal tampal di sana sini....Entah siapa punya projek. entah apa yang kurangnya...mungkin minyak kurang tapi tar yang lebih. Akibatnya permukaan jalan tidaklah rata, kereta akan melompat lompat katak di sana sini. Dia menampal jalan macam tak ikhlas je......Sebenarnya jalan itu ditampal untuk apa ya ?

gambo hiasan

Biar apapun kat TV ada cakap " saya pilih mengundi".... Hak rakyat mengundi walaupun menang jadi abu dan kalah jadi arang........ Kalau tak tepatpun pilihlah agak agak nak dekat dekat tepat... Semua orang bercakap untuk memperjuangkan kebenaran dan menyalah nyalahkan sesama sendiri. Semua orang juga bercakap untuk memperjuangkan islam walhal kesudahannya cam tu jugaklah........Orang yang kaya bertambah juga kayanya sampai muntah muntah kerana terlalu banyak makan. Ada orang itu pula duit masjid pun dia sapu sesuka hati emak bapak dia, belumlah lagi duit anak yatim dan duit baitulmal.....

Jadi macam fikiran korang.....tak lama lagi kita cutilah balik kampung,,,balik mengundi...agaknya ada orang nak bagi duit ....lagi jauh lagi banyaklah duit kita dapat ....kan ?


3 comments:

Amin A. R said...

saya tak mendaftar..saya tak balik kampung untuk mengundi...jadi saya tak dapat duit...dan tak rasa ralat pun tak dapat :)

zino said...

saya pilih mengundi...

elly nadyra said...

saya tetap akan mengundi!
tapi saya tak suka kempen utk mengundi yang tak sihat! mcm tak de pedoman je nengoknya!