Followers

Sunday, August 18, 2013

Semusim Beraya

Salam..........,

Anda masih lagi di dalam mood  Hari Raya. Jika sempat bacalah entry ini pada waktu waktu lapang............Janganlah makan banyak sangat lemang .....sakit sendi dibuatnya.....

Raya yang bermakna apabila kita mempunyai segala yang baharu. Kita tunjukkan kepada kaum keluarga kita apa yang kita miliki waktu kini. Sungguh berlawan dengan niat asal iaitu " nak balik kampung, nak menziarah sanak saudara, nak menziarah kubur" Tapi yang jelasnya begitulah.....



Anak anak kita dah besar, ada yang sudah bekerja ,ada yang sudah berkahwin. Ada orang bawak balik girl friend, ada orang bawak balik tunang dan ada juga nak tayang isteri muda. Tahun ini emas kakak bertingkat macam mana ? Baju pesyen apa pulak dan ditambahi pula dengan pesyen tudung balut leher kepala dan bahu....isssssk........


Raya tanpa orang tua juga tidak bermakna. Sekurang kurangnya ada satu orang tua yang menjadi penyeri tempat anak cucu berhimpun. Tanpa orang tua, rumah akan kosong dan orang tua juga perlu emas bertingkat tingkat....


Memang seronok berhimpun ramai ramai, sambil berbual panjang dan makan makan apa yang ada, rindu dendam bakal terubat adanya....



Banyak kisah sedih dan gembira disebut sebut menjadi memori yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Namun kita adalah insan yang lemah. Di sebalik kegembiraan itu kita tidak boleh lepas dari senget benget, kutukan mesra dari adik beradik dari depan dan belakang kita


Hari Raya adalah hari perjumpaan penuh cerita yang hanya terjadi sekali sekala pada musim perayaan ini


Raya ini pm tanpa ibubapa..........pergilah beraya ke tempat orang. Sedap tak sedap makanlah....tekak orang dan tekak kita manalah sama....Lainlah kalau kita ada tekak ular sawa.......


Tidak terlewat untuk pm ucapkan selamat menyambut hari raya dan menghabiskan serdak tepung di dalam tin, mudah mudahan Allah memanjangkan umur dan dapat bertemu di masa akan datang....


No comments: