Followers

Saturday, December 7, 2013

Kebahagiaanmu Adalah Kedukaanku

Salam..........

Sahabat sahabat dari negeri yang dahulunya kebal dengan pembangkang telah datang ke sini. Sungguh meriah berkumpul di sini. Datangnya bukan sahaja sebagai wakil tapi juga dapat berjalan jalan membeli belah di Kuala Lumpur. Kegembiraaan semakin bertambah bilamana semuanya ditaja dari banyak sudut. 



Setiap hari yang berlalu ini, pm duduk di celah celah mereka. Bukannya nak menyebuk tapi saja nak dengar dengar berita apa khabarnya dikampung sana. Rata ratanya kelihatan bersemangat di dalam parti mereka, maklumlah sudah banyak menerima bantuan. Mungkin selama ini keindahan itu tidaklah dapat dikecapi dibawah payung pembangkang. Pm hanya mampu tersenyum......rezeki dia oranglah tu.....



Kita hendak menjerit sepertimana lagi. Orang orang kita yang dahulu bersama sama kita begitu bersemangat kini berpindah ke pihak lain. Semangat tidak mencukupi tanpa dana yang kuat. Orang orang kita perlu duit sebenarnya walaupun hanya sekadar dapat membeli sebuah hand phone bagi melegakan rasa kesusahan. Kini nilaian hand phone akan dinaikkkan lagi dimana semua orang akan merasakan kebahagiaanya walaupun dimasa hadapan kita bakal berdepan dengan segala macam hal......



Janganlah marah.....kita tidak mempu membeli hati dan maruah mereka. Janganlah marah melihat keseronokkan mereka berpasang pasangan bagikan pengantin baru dengan baju melayu dan bertudung merahnya.....Salahnya orang orang kita tidak mahu bersatu kerana gelap matanya dengan wang ringgit. Terimalah kekalahan itu dengan tangisan membayar apa sahaja yang tercatit........

1 comment:

chengmai said...

bak kata sazali dalam anak ku sazali wang ada lah segala2nya.perjuangan orang sekarang bukan macam zaman tok nenek kita dulu zaman ni no money no talk tak ada langsung semangat perjuangan.kesetiaan pun entah kemana renung2kan lah