Followers

Tuesday, December 10, 2013

Tetamu Yang Datang

Salam,

Saudara saudari di sana sudah menunaikan UMRAH ? Pm belum lagi dan dalam rancang rancangnya pertengahan januari ini insyaallah. Mungkin pm perlukan nasihat dari kekawan dalam beberapa perkara....

.
Persiapan untuk pergi umrah ini pm lihat seperti hendak menyambut raya juga. Tenguk kepada list yang ada, pm percaya ada juga orang masih meraba raba seperti pm. Misti keliru apa nak bawak. Takut bawa benda benda yang lansung tak pakai dan memberatkan beg sahaja......

Nak cerita sedikit, mingu mingu lalu pm sibuklah cari kain ikhram. Dengar khabar kat mydin harganya RM 36/- dan ada pula di kedai kedai kawasan Chow Kit ini menjual dengan harga RM 80/- sehelai. Mengikut katanya bergantung kepada kain. Akhirnya pm berkenalan dengan seorang tuan kedai yang menawarkan pm harga sehelai RM 30/-. Tidak melepaskan peluang pm belilah 2 helai........



Pada harinya tuan kedai tidak ada, pm singgah ke kedai tersebut untuk membelek belek jubah.. Seorang pekerja bangla mengatakan bahawa jubah di kedainya itu bernilai RM 120/- tetapi beliau mahu menjualkan dengan harga RM 85/- sahaja. Pm fikir tidak mahu membeli dahulu, nanti nantilah.........Jumaat lalu pm lalu di hadapan kedai tersebut dan kelihatan " aji" tuan kedai tersebut berada di sana. Sekali ini pm mencuba nasib pm kepada tuan kedai tersebut. Menurut kata aji itu, harga jubah tersebut bernilai RM 160/- dan kalau pm hendak membeli dia menawarkan RM 100/- setiap sehelai.....Wah nampaknya aji tu nak " try pm". Benarlah pada musim ini orang bertanya " bila nak pergi" selepas itu hentak kita cukup cukup........ Kata orang kalau hendak beribadah janganlah nak berkira tetapi ini soal berniaga sebenarnya.......patutlah aji tu ada 2-3 kedai...Wallahualam......



p/s... sesiapa nak nasihatkan pm dialu alukan..seringkasnya nak bawa apa ya ?

2 comments:

Anonymous said...

Salam tuan.

Yg pentingya pakaian bathin. Selagi belum bertolak ke t suci solat taubat banyak2. Buat pagi petang tengah mlm.

Saya dulu pun dinasihati ust. Saya tanya pasal pergi umrah. Dia jwb solat taubat bnyak2.

Saya pun buat dan beristifar bnyak2. Tuan buatlah nt tuan akn tahu sndri apa hasilnya.

Kita pergi umrah semata2 kerana nak bertaubat. Allah ciptakan tanah suci setelah allah sediakan utk malaikat tempat mereka bertawaf.

Bawalah pakaian zohir 3 helai jubah kain pelikat 2 helai. Selebihnya pkaian dlm ikut suka. Kalau mlas basuh guna disposble u/ware. Snang mcm pampers.

Panglima Muda said...

salam, terima kasih di atas nasihat tuan, teguran memang saya alu alukan.