Followers

Wednesday, March 11, 2015

Bicara Tentang Hati ( Bukit Beruntung)

Salam,

Semalam saya pulang ke rumah agak lewat justeru kerana acara singgah menyinggah yang sangat membosankan. Tempat terakhir saya singgah adalah tesco Bukit Beruntung yang dikenali oleh adik beradik sebagai tempat jin bertendang.

Dalam keadaan keletihan saya melewati pintu tesco membawa kad jemputan kahwin untuk sahabat saya yang kebetulan berniaga di sana. Saya terlihat seorang peminta sedekah sedang makan dimana di hadapannya ada satu tong plastik berisi duit, Di luar tong itu tertulis "OKU", manakala di tepinya terdapat dua tongkat miliknya. Saya terus berlalu masuk ke dalam tesco................




Apabila saya keluar dari tesco, saya melihat peminta sedekah itu sudah masuk ke dalam keretanya. Dia sendiri memanda dengan laju keluar dari kawasan tesco. Saya tertanya tanya di dalam hati siapa sebenarnya OKU, saya atau dia ? Adakah saya mempunyai mata tetapi tidak mahu memandang, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dan mempunyai hati tapi tidak rasa apa apa ?



Soalannya adakah dia OKU yang berjalan menggunakan tongkat ?, adakah dia OKU yang memandu kereta "manual". Adakah dia mengutip derma untuk OKU atau untuk dirinya sendiri. Di dalam keadaan tertanya tanya itu, tiba tiba muncul sekeluarga berbangsa cina. Bapaknya terjerit jerit memarahi anaknya, dari pakaiannya menunjukkan dia adalah orang biasa dan menaiki kereta sejenis dengan OKU tadi.

Saya rasa hati saya menimbulkan keraguan yang jahat yang mana sepatutnya saya memandang dengan kebaikan. Tentu rasa pelik jika seorang polis memandang dengan kebaikan kepada kejahatan pencuri. Tentu rasa pelik jika kita tidak mendidik dan mendisiplinkan kejahatan itu supaya menjadi kebaikan.

Apapun tanyalah hati tuan tuan, apakah ucapan tuan tuan....." sebuah rumah yang dipenuhi dengan budak bujang dan didatangi oleh banyak anak dara, seorang lebai tunduk malu berzikir melewati rumah itu ke msjid......hati yang mana yang hendak dijaga ?

No comments: