Followers

Saturday, March 28, 2015

Selamat Pengantin Baru Bukit Beruntung

Salam,

Salam dari saya orang bukit beruntong, tempat orang yang selalunya beruntung. Entry apakah kali ini ? Kali ini menyebut kisah 21/3/2015.

Pm seperti juga bapa bapa yang lain melalui sejarah anak anak. Bila anak bersuara menyatakan hendak kahwin, bagi seorang bapa terasa sesuatu yang perlu diselesaikan. Pada 14/3/2015, putera saya telah selamat dihijabkabulkan dengan seorang puteri anak kepada anggota polis di masjid besi Puterajaya


Setelah itu keesokan harinya berlansung majlis di Puterakaya di present 9....


Minggu ke dua bertarikh 21/3/2015, berlansung pula kenduri di rumah saya sendiri di Bukit Beruntung. Kenduri agak sederhana, dibantu oleh adik beradik dan jiran tetangga. Bermacam macam juadah dihidangkan. Ada yang masak sendiri dan ada yang datang mengejut entah dari mana. Pendik kata mewahlah segala bentuk makanan sehingga ke petang. Rugilah mana mana kawan kawan yang tak datang......






Semua buat sendiri kecuali kemah sahaja kena sewa. Hatta periuk belanga dan pelamin pun datang sendiri adanya.....

Kerjasama orang lorong itu sangatlah dihargai kerna bantuan mereka secara terang dan tersembunyi








Doa pm untuk melihat majlis ini berjalan dengan baik telah makbul. Saudara mara dekat dan jauh datang menghadiri majlis ini. Kawan kawan lama, kawan kawan yang tidak kenal, orang orang surau as soodiqin juga datang....






Syukur alhamdulillah..............semua sudah berakhir

No comments: