Kebarangkalian kita terlupa bahawa kehidupan ini sepertinya melakunkan kembali sejarah lama. Cerita yang mungkin tidak pernah ada pada kita tetapi terjadi di dalam kehidupan orang lain. Kehidupan ini saling luka melukai sesama sendiri, saling elak mengelak dan cuba membebaskan diri dari tanggung jawab dan kewajiban. Kehidupan yang menzahirkan kejujuran sedangkan batinya penuh cecair darah bercampur nanah hanyir....... Lalu pernah aku bertanya pada Sang Guru " kemana akhirnya dan dimana noktahnya......"
Katanya" kehidupan ini tunanganya adalah kematian " Bahawasanya kedua-duanya adalah jodoh semenjak Azali " Kata Sang Guru seorang lagi " bahawa tujuan kehidupan itu adalah untuk mencari jalan pulang. Bagaimana kau datang begitulah kau pulang. seperti mana janjimu ketika datang, begitulah tertunainya setelah pulang"
Mereka mereka ini manusia anih bermain kata kata. Adakah aku ini seorang perlupa atau manusia lain telah lupa, bukankah kami semua sedang menyediakan bekalan untuk pulang. Telah kami tegakkan solat semenjak dari kecil , berpuasa Ramadhan, berzakat , bahkan akan kami mengakhiri nanti dengan rukun kelima iaitu Haji di Mekah...... Jalan pulang sepertimana lagi perlu dicari. Mereka tidak memberi jawapan kerana mereka juga telah pun pulang
1 comment:
Salam.
Mendalam dan penuh makna!
Post a Comment