Semalam bersama anak anak melihat dunia..... Ada anak yang sudah dewasa , bekerja dan melepaskan beban orang tua... ada anak anak yang masih dibangku sekolah... Bagaimanakah persiapan sekolah tahun ini ? Adakah kita sekarang orang beruntung dan berbahagia......
Belumlah kita sebutkan tentang yuran sekolah tapi sebutlah tentang baju sekolah anak anak.... Tahun ni macam mana ni.... Ada tak dapat bantuan beg sekolah, ada tak bank bagi sedekah, ada tak mana mana badan bagi datang menolong, adakah baitulmal datang membantu, ada tak mana mana YB datang menjenguk... Bila gula naik, harga baju sekolah pun naik, bila harga petrol naik, harga ice cream "batang" kat rumah makcik sebelah pun naik. Tiap tiap tahun ada sahaja benda naik termasuk juga perut para para isteri.
Semalam aku tenguk kasut sekolah di Tesco harganya RM 15/- Kira murahlah tu....tapi mungkin ketahanannya tak sampai 2 bulan... Kasut pembohong, kainnya entah dari tempat sampah mana, depan kasutnya bukan getah tapi plastik... Baik pakai sahaja kasut plastik macam orang dulu dulu. Kalau nak sedap pakai kasut belilah yang harga RM 29/-... Mampu ke kita ni ?
Kalau ada seorang anak tak apalah, boleh beli 2 pasang, kalau ada anak 5 orang bagaimana ya ? Orang cakap sedaplah bunyinya, siapa suruh beranak banyak banyak katanya, orang dakwah cakap anak tu anugerah tuhan...Kawan aku tu 10 anak dia...cam mana dia ya ? Dia dapat bantuan baitulmal ........korang anak sorang dua tak bolehlah, nak dapat biasiswa pun jangan harap............
Tahun demi tahun, syarikat swasta sangat berharap dapat bonos, ada company dia orang kata tak untung tahun ni. Yang untung siapa ? Yang untung orang kerajaanlah walaupun ustaz ustaz , imam imam.... Kata kerjaaan tak bagus tapi duit gaji sapu jugak.... Kata takut makan duit haram.... cukai cukai tu datang dari mana.... dari kedai kedai orang islam saje ke......dari tempat orang melayu saja ke ?
Siapa yang bekerja dengan kerajaan patut bersyukur, jangan nak membasah badan meredah air asid, menjerit jerit..... tak kesihan ke dengan orang kerja swasta yang sama sama menjerit ni............... Air naik kami pun bayar jugak.... budak nak sekolah kami pun kena bayar jugak... cuma kami ni tak ada kabel, tak kenal pengarah pengarah supaya anak anak mudah dapat biasiswa. Setahun RM 800/- sape tak mahu... lepaslah beli baju raya sekali, emak bapak pun boleh simpan duit beli emas sikit walau sejanggut udang.......
Tahun demi tahun masa berlalu.... rakyat tak berubah... masih pakai sistem kabel besar.... orang kerajaan makin enak dapat buat loan kat bank... dapat beli kereta dan rumah... orang swasta cangkul sendiri... cari sendiri.... pakai kredit card dan tambah muplis..... Hari hari kat TV cakap bayarlah zakat ...... kasihan ustaz tu baca surah panjang berlagu tapi kami ni sebenarnya tak cukup duit......hutang banyak......bagi zakat pada kami ajalah...................................sebab nak mohon pun kena kabel jugak..... banyak sangat tapisan.........Last last tak payah bagilah sebabnya kami menyampah.......................................
2 comments:
kalau difikir2kan begitulah kira2nya hidup di dunia ni,...tp jgn berputus asa, biar mereka dgn cara mereka , kita bersyukur dgn apa yang ada dan terus berusaha ke arah kehidupan bahagia di dunia sementara.
benarlah tu pakcik.....
Post a Comment