Sunday, February 27, 2011

Hantu Terbang

Pada pagi menatap sms di dalam handphone, seseorang mengatakan bahawa beliau dan ibunya terkena buatan orang dan adiknya telah menepis perbuatan orang itu. Beliau kini dalam keadaan keadaan tidak tenteram juga. Ringkas sahaja bunyinya seperti juga kisah hantu langsuir malam tadi. Siapa berminat dengan cerita itu ?

Seperti biasa aku rasa tak seronok mendengar cerita ini kerana ini adalah perbualan sensasi bangsa melayu apatah lagi duduk di kampung kampung. Namun dibandar ini lebih dahsyat lagi kerana mereka telah menjauhkan diri mereka dari Tuhan. Ditambah lagi dengan cerita cerita hantu di TV, pontianak terbang sana sini, ada hantu cekik leher orang hisap darah dan macam macam lagi. Akhirnya penerbit filem yang kaya, penonton bertambah jadi penakut manakala hantu hanya dapat upah makan telor sahaja setelah tabung darah di hospital kering kontang.

Adakah aku dari golongan yang tidak percaya ? Perkara ini tahyul, karut kata ustaz. Kalau karut kenapa hantu itu ada, ada yang nampak semalam terbang atas pokok, ada yang dengar mengilai dan tak siapa persoalkan kenapa dia pakai uniform putih. Untuk jadi hantu kena pakai uniform putih ke , pakai hijau tak boleh ?

Mungkin ada orang sanggup jawab persoalan ini. Mereka boleh jawab dengan cara ugama, guna hadis dan alquran. Yang pentingnya kalau benda itu terjadi dihapan mata, sanggupkah kau orang mengatakan karut...mengatakan "kau hantu memang karut...pergi main jauh jauh" Tanyalah pada dirimu sendiri....

gambar hiasan


8 comments:

Nay said...

semua tu kejadian Tuhan kan ..

perjalanan pulang said...

kejadian tuhan yang cantik walaupun seekor hantu

gadisBunga™ said...

bagi saya dunia sekarang dah kembali terkebelakang. makin bertambah tahun, makin ramai percaya dan takut kepada hantu.

perjalanan pulang said...

ye lah hantu tu datang dgn rupa yang tak cantik, cuba dia hensem ... tergoda jugak

Unknown said...

jangan biarkan dirimu diselubungi misteri...hehe

Unknown said...

hnatu pun makhluk ciptaan tuhan juga. sama2 berkongsi hidup didunia cuma berlainan alam

perjalanan pulang said...

jadi hantu pun punya hobi dan aktiviti sukan,cuma perangai dia macam nyamuk dan kelawar... makan darah

Percaya said...

betul ke hantu makan darah??

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...