Wednesday, February 23, 2011

Lambaian Rindu

Ketikanya sampai disitu
ombak kecil menerjah kaki
melaut pandangan dihujung sana
mencari cinta dan air mata

Nun disana lagi
anak cucu telah tiada
rumah nan kosong membisik rindu
opah dan datuk tinggal berdua

Hari  ini
apakah masih ada

nyanyian burung penghibur duka
sepoi angin menyapa pipi
dan tangisan cucu nan berlagu
memujuk hati

seorang tua..........................

10 comments:

Unknown said...

dan...ketahuilah orang tua


kami..anak-anak muda inginkan pengalamanmu untuk meneruskan kehidupan....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

first time singgah di panglima muda..folo blog ini..

semoga panglima muda senantiasa dirahmati llah SWT

Hanis MY said...

wahhh sungguh puitis salam kenal en panglima muda...

perjalanan pulang said...

salam untuk semua, selamat datang ke blog saya

Unknown said...

ayat last tu ada gaya2 syahdu sikit

Anonymous said...

Aslmkm PM.
Aduhhh ... lemah Kak G!

Bila bait puisi mengusik rasa
Hati & jiwa ikut bergelora
Sedih, pilu, juga sepalit ceria gembira
Silih berganti tanpa hentinya;
Begitulah warna kehidupan
Perjalanan yang dipenuhi pelbagai dugaan.

Nori said...

Salam Panglima.
Sungguh puitis.
:) Seronok pula baca komen Datin G di sini.
Ya begitu la. Bila usia semakin lanjut, kita sentiasa terbuai perasaan.
Syukur juga peluang masih ada.

Sha said...

Assalam....

slm singgah PM...

t/kasih sudi jd followers saya.

perjalanan pulang said...

alhamdulillah,kasihan pakcik tu..saya bertandang dirumahnya tempuh hari...Hati orang tua siapalah tahu

Murni Alfathunnisa said...

sungguh sayu bait2 puisi tu..

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...