Saturday, February 5, 2011

Malang Si Keldai

Pernah dengar kisah anjing dan keldai melayan tuannya ? Sianjing menasihat si keldai supaya meniru kelakuan manjanya terhadap tuannya pabila tuannya pulang ke rumah. Dia bukan sahaja menyalak nyalak kecil tapi juga menggeselkan badan kepada tuannya meminta didukung. Melihat sahaja perbuatan itu menyebabkab si kaldai cuba mengikut caranya semasa tuannya pulang kerumah. Bukan kepalang, tuan keldai marah sangat melihat keadaan  keldainya yang tidak senonoh itu

Demikianlah contohnya sikap bermanja tidak kena gaya kepada manusia. Tiap tiap orang berhak bermanja tetapi biarlah kena gayanya. Manja orang muda dan orang tua tidaklah sama. Kalau orang tua nak bermanja macam orang muda, itulah disebut sebagai buang tebiat

Alkisah sang isteri pula merasa hati sangat melihat perangai suami tidak seperti waktu muda dahulu. Ya lah waktu muda dating bawah rumpun bambu, bila gatal gatal adalah tukang garu. Boleh bermanja dan lentuk sana , lentuk sini. Sekarang, pegang sikit dah tepis, tengking suami macam gajah naik minyak. Salah ke sang suami ? Akak oiii anak dah 10 orang tak kan nak beromen depan anak anak macam orang muda.... Nak manja biarlah kena gaya, suami mana tak sayang bini... patut patutlah...

Orang lelakini suka pada isteri yang ikut cakap, bunyi memanglah garang aje tapi hatinya taklah macam tu... tanyalah abang abang tu... Manja ustaz lain, manja ustazah cara lain, manja pak imam juga cara lain ... tak sama tau... Tanyalah pak aji pak aji tu.... Sebutan ini mengingatkan aku tentang seorang perempuan tua pada hari kematian suaminya.. Aku melihat dia menghadap mayat suaminya yang terbujur dihadapan mata. Aku melihat keindahan kasih sayangnya yang tersembunyi disebalik mulutnya yang suka berleter. Disitulah pemberian Allah iaitu kasih sayang yang tidak ada tandingannya dimuka bumi ini. Sayang sekali kenapa kebaikan itu tidak ditunjukkan sewaktu suaminya masih hidup. Kepada kaum hawa ingatlah... jangan melampau lampau, jangan hidup mahu  bertanding sebaliknya menasabah diri dan carilah jalan baik dan lebih aman.
gambar hiasan

5 comments:

iwan_dextrous said...

nice story..hihi

i follow u

azieazah said...

Bang... kalu bermanja sampai lentok2 meluat pulak anak cucu nengokkan... hehehe

ada caranya. Saya pernah tengok, bila manja gaya orang tua, bila dia minta si isteri masakkan apa yang dia berhajat nak makan...

Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

NAZ said...

i love it :) i will try my best later:)

perjalanan pulang said...

masalah ni benar benar berlaku.Tanyalah orang perempuan yang merasakan kasih sayang suaminya yang semakin pudar..... Sang suami bermanja pulak minta makan.....makan kat kedai tak sedap katanya...

Liza @ Adzriel AB said...

jangan cepat merajuk....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...