Friday, March 4, 2011

Barisan Kenangan

Salam ..... Jumaat yang sayu ini membawa aku mengembara lagi kedunia penuh dilema. Sekali sekala fikiran terbang kembali ke daerah kelahiran. Mengingati kepada yang telah tiada dan yang telah pulang kepada Tuhan. Benarlah kata arwah guruku bahawa" tiadalah orang kaya dimuka bumi ini melainkan mereka yang punya ibu bapa. 

Aku adalah salah seorang dari manusia yang sudah lama kehilangan mereka dan kini merangkak rangkak dimuka bumi ini membawa nasib sendiri. Kata orang doa ibu itu makbul. Benar sungguh benar.... waktu lalu kesusahan itu dilalui dengan aman dengan berkat doa ibu. Hari ini penuh putaran kehidupan, jatuh dan bangun sendiri. Adik beradik juga tidak semesra dahulu, masing masing membawa kehidupan masing masing mencari isi alam dan kekayaan bumi Allah

Seorang teman bertanya kepada aku , apakah yang ada di Plaza GM. Aku kata semua ada kecuali emak bapak.  Carilah apa kamu  mahu disitu. Petang sedang mendatang, manusia masih lagi berkeliaran dimuka bumi dan semakin lupa dengan jemputan... Jemputan dari tuhannya untuk pulang

3 comments:

azieazah said...

Tiada kerinduan paling sayu selain rindu pada NYA dan kedua orang tua, kan?

Benar juga, masa kecil dan masih bersekolah, dengan adik beradik sungguh mesra bergurau bermain... tapi bila kehidupan semakin menjauh sesama sendiri, kita tidak lagi mesra, wpun lahir dari rahim yang sama.

Dugaan betul.

Berapa Banyak “ter” daaaa...

Unknown said...

dahulu masa kecil semuanya bergantung pada ibubapa,apa saja yg makbpk suruh anak2 mesti buat lebih2 sembahyang dan mengaji tapi pabila sudah besar,bekerja bergaji tinggi mungkin akan terlupa pada ibadah yg *Satu* kerana teruja pada alam dunia{walaupun tak semualah},adik beradik bila senang mungkin akan terlupa antara satu sama lain tapi bila susah masa tulah ingatan pada adik beradik akan dtg kembali

Unknown said...

tiba2 kan hati sayu bila entry ini dikongsi bersama ayu...

rindu pada ibuabah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...