Sunday, March 13, 2011

Gerbang Perkahwinan

Salam..........ada macam macam benda bodoh terfikir oleh kepala aku malam tadi. Aku terbayang pengantin lelaki memakai songkok yang berhias rantai duduk diatas bantal besar di depan tok kadi. Nampak macam bodoh je duduk macam tu, orang tua tua kata jangan duduk atas bantal nanti kena bisul. Heran jugak ada ke bantal membawa penyakit bisul.

Bermula dari kisah hantar cincin tanda nak merisik kebodohan telah terserlah. Bebudak tu dah kenal lama tak payah tanya tanyalah. Kemudian hantar pulak cincin tunang dan tanya berapa pulak hantaran. Hari hari dah jumpa kan baik cakap je, emak bapak dia pun selalu jumpa tiap tiap minggu. Kemudian datang lagi nak menetapkan hari kerana takut berlaga sana sini, kenalah juga masak masak dan beradat adat sangat.. Yang tukang cakap pun kekadang bukan nak menyenangkan pengantin tapi nak menambah beban kerana tak mahu kalah.  

Patut ke kita buang cara ini atau kita teruskan dizaman yang penuh dengan permintaan duit ini ? Susah nak cakap sebab banyak orang nak menunjuk nunjuk dan lari dari tujuan asal. Permulaannya hendak meraikan majlis perkahwinan tetapi menjadi tempat kutipan paling banyak musim itu. Nak kata tak pergi kursus tak jugak tapi lepas kahwin 2 bulan dah dapat pingat acara baling pinggan mangkok.
 
Eloklah masa kursus tu ustaz ajar banyak perkara bab sabar dan reda daripada mengajar benda yang sunat sunat termasuk sunat tengah malam. Redalah dengan pasangan anda walaupun tak cantik macam puteri bunian kerana kecantikan itu terletak di dalam sanubarinya


5 comments:

iwan_dextrous said...

betul jugak ea.hihi

ibuintan said...

konon nak grand, anak dah lima pun hutang bank lom tentu langsai lagi

biar berpada dan bersederhana yang sebaiknya

perjalanan pulang said...

jiran sebelah sembelih unta 3 ekor, kita sembelih ayam je...tak termasuk pakai gelang sampai ke lengan dan rantai mencecah lantai

Murni Alfathunnisa said...

yang penting akad, ijab dan qabul. selebihnya hanya adat. kalau boleh dipermudahkan, kan lagi baik. tak payah komplikated sangat. buat yang wajib..saya pun prefer macam tu.

perjalanan pulang said...

cik siti mana ada orang yang hendak macam tu, dia orang malu... orang perak kata bior pape asal bergaye

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...