Salam seorang anak muda yang putih jernih wajahnya kutemui sebentar tadi. Sebelum solat zohor tadi kubertanya kepadanya tentang kiblat hati.............. Mungkin dia tersinggung dengan soalan aku lantas kami membicarakan soal kiblat yang berada di dalam surau itu. Dahulu kiblat surau itu hanya berpandu kepada arah matahari terbenam, kini arahnya berpandu kepada kompas. " Kalau kiblat itu tak kena, kiblat ini tak kena, kita nak berpandu kemana ? soalnya. Aku jawab guna sahajalah kiblat hati. " kiblat hati itu kemana" katanya. Aku jawab kiblat hati itu ke kaabah . Kibalat hati bukankah kepada Allah katanya. Ada banyak pecahan lagi kataku padanya. Dia menyambut jawapanku dengan kata " nampaknya encik kena belajar lagi.... guru saya adalah anak murid dari university Azhar"
Ini perkataan ke dua yang aku dengar dalam hidup aku. Dulu ada seorang budak Perak mengatakan kepadaku " minta maaf encik, encik ini memang cetek lagi dalam bidang ugama.
Benarlah aku ini bodoh kerana menghabiskan juga masaku mencari cari sesuatu yang tersembunyi sedangkan budak budak university jauh lebih pandai tentang keugamaan, banyak buku memberi panduan, banyak pensyarah terkenal disana sini., boleh merujuk ke internet.....
Arus kemodenan telah menafikan kitab kitab lama, guru guru tua yang tak pernah menjejak kaki ke universiti Azhar. Mereka mempunyai guru tetapi kehilangan BERKAT. Pelajaran ugama menjadi seperti air yang lalu, yang ada cuma nama yang hebat hebat.....
Pada hari ini belajar quran tak perlu ada guru. Ada jual CD VCD disana sini. Ada juga tok guru dalam VCD. Siapa yang berkata hebat dan berjawatan , cakapnya misti betul, pendapatnya adalah benar . Sedang kita yang tua ini semakin ditinggalkan..... Seorang ibu tua yang hampir meninggal dunia telah bertanya kepada menantunya tentang Allah Taala. Lalu si menantu menjawab " Allah itu Sepi " Ibu tua itu kemudian meninggal dengan panduan itu sedangkan menantunya bukanlah penuntut university Azhar..................
4 comments:
semestinya Allah maha segalanya. tp aku kurang memahami sesuatu dalam entri ini. aku tidak mahu keliru tentang pernyataan tuan panglima "Allah itu sepi". aku perlu merujuk lebih banyak lagi
Itu bahasa orang kampung. Allah tidak menyerupai segala yang baharu, baik dari segi sebutan, nama dan sebagainya. Dia tidak boleh dibayangkan dan dia adalah dia.... sepi itu maksudnya "kosong"
Ketika ibu tua itu sedang bergolak untuk menungggu matinya, banyak gangguan telah datang, beliau keliru justeru kerana syaitan berupa rupa.Itulah panduan diambilnya bagi menunjukan bahawa allah itu tidak menyerupai segala yang baharu.
Begitu juga tentang gangguan hati ketika solat. Saidina Abu bakar RA pernah berkata seperti yang tercatit di dalam kitab usul tahkik" Demi Allah segala apa yang melintas dihadapanku dan dihatiku adalah binasa lagi baharu". Dengan ini solat akan dijalani dengan tenang.
Pelajaran masa kini kebanyakkan semata mata untuk mengejar sijil sekolah,ilmu tidak serentak dengan amal. Jadilah maksiat batin iaitu "RIAK'
kosong namun percaya Dia nyata. semoga aku tidak menjadi riak :)
mudah mudahan.... kita bukan mahu bertanding tapi perlu saling membantu. Masing masing mempunyai kefahaman sendiri dan wajar saling menghormati
Post a Comment