Salam........ Hello semua orang KL...... Hari ini aku masuk opis pukul 11.30 pagi . Pertama kali dalam hidup aku lambat seperti itu kecualilah sakit. Agaknya pagi tadi semua orang tak dengar radio, kalau dengar radio tentulah perjalanan tak seteruk itu.
Dari Bukit Beruntung 7.20 pagi, singgah di Rawang isi minyak dan pam tayar kereta pukul 7.50 pagi dan selepas itu bergerak perlahan dengan jem kecik kecik tu. Apabila sampai di hadapan Taesco kelihatan jemnya makin meriah. Tidak ada pilihan untuk berpatah balik kecuali meneruskan perjalanan. Akhirnya buka radio dan dengar ada pembenaan jalan sedang dilakukan di Bukit Selayang. Dengan keadaan tak kisah kitapun jalan sahajalah, semakin lama semakin penat dan kelihatan kenderaan banyak yang berhenti ditepi jalan. Macam pulang cuti Hari Raya pulak. Untuk melancarkan perjalanan kita selitlah tepi tepi jalan, redah masuk ke rumput, tanah dan longkang kecil. Akhirnya sampai ke Pejabat Daerah Gombak pukul 10.50 pagi.
Dari sana masuk ke Batu Caves hantar anak ketempat kerja. Aku sendiri pula ikut Jalan Sentol menuju ke Chow Kit. Gila betul..... 11.30 pagi..........
Tadi waktu sampai di bukit selayang dekat flat tu aku nampak satu kren besar duduk ditengah jalan dan beberapa orang polis trafik berada disana. Aku rasa nak marah, orang Rawang pun mungkin nak marah tapi nak marah siapa. Nak marah kren tu ke ? Ye le asik duduk tengah jalan tapi tak nampak angkat apa pun dan kami semua jadi bodoh menghabiskan duit minyak dan menghauskan cluth. Buatlah kerja tengah malam sikit, pasanglah lampu. Hari ini pasti ramai yang balik rumah atau makan di tepi jalan............. pasti banyak yang mc . Semuanya kerana projek bodoh yang tak pernah siap siap bertahun tahun............
No comments:
Post a Comment