Thursday, July 7, 2011

Pusingan Hidup

Salam............macam macam kita boleh tulis kat sini, kekadang menjadi kekadang tak menjadi. Ada hari boleh sebut pasal 18sx, ada masa sedap cerita politik ..... seronok copy paste saje............... Namun begitu hari telah berganti hari, usia kita semakin bertambah................

Macam biasa aku balik kerja pukul 5 petang dan paling paling paling lewat pun pukul 5.30 petang. Pukul 6 petang aku sampai Batu Caves ambik anak beranak untuk balik ke Rawang. Si anak dara ni , kalau jam jam tak mencecah pukul 6.30, dia payah sangat keluar pejabat. Banyak kerja katanya....Jadi mau tak mau keluar Bt. cavesa dalam jam 6.45 atau pukul 7.00 petang. Inilah saatnya kaki lenguh memanjat bukit Templer Park menuju ke Rawang. Sekarang jalan dah dilebarkan kerana ada haiway Latar menuju ke Kuala Selangor.  Namun kelebaran jalan tu tidak menjanjikan kemanisan.... jem jugak kerana ramai orang nak tenguk kera dan monyet kut ..... Apa yang pasti jalan itu kejap beso kejap kecik, ikut suka deme punya hati...

Kekadang singgah di Tesco, solat dan makan , itupun kalau ada bujed lebih sikit.... Ye le sekali singgah, duit dalam poket rasa menggelodak aja....Air kotak seringgit tak pernah aku jumpa pun.... Sekotak beso susu segar RM 4.00  lebih . Kalau setakat RM3.00 tak rasa apa pun............... Sampai di rumah pukul 9.00 dan kekadang kadang pukul 10.00. Duduk sekejap sahaja matapun layu.......kuyu dan tau tau terus hilang..........

Tengah malam tetiba bangun...Kalau bangun solat tahajjud , bagus jugaklah... Tapi bangun tenguk TV.........Masalahnya mata pulak susah nak tidur selepas itu. Puaslah dipujuk rayu, dia bercakap cakap dalam kepala, badan berpeluh............... 1 jam, 2 jam ianya berterusan......... tiba tiba lelap.......Pukul 5.30 mata mula terjaga kembali.................Kali ini untuk buat jeritan bangun untuk anak anak.............dan sambung tidur balik sampai 6.30 pagi..................


3 comments:

Unknown said...

itu lah rutin kita seharian kan .sedar x sedar Allah menjemput kita

Unknown said...

wah..bagus la..dah lama xbuat tahajjud

perjalanan pulang said...

tu lah....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...